kawan kawan...sila menabung dari sekarang

Tarikf elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

NONEIa dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Fong bertanya menteri berkenaan sama ada akan terjadi peningkatan atau semakan terhadap tarif elektrik dalam tempoh setengah tahun lagi.

Chin bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kerajaan akan menjalankan penyelidikan terperinci sebelum menguatkuasakan sebarang kenaikan tarif.

Tambahnya, kerajaan akan sentiasa memastikan bahawa apa sahaja tarif baru hendaklah datang bersama keselamatan bagi melindungi pengguna, terutamanya yang berpendapatan rendah.

Posted by Pak Ma'on on 7:30 PM

Malaysia juga bakal memiliki loji nuklear

Di sebalik kebocoran radioaktif di Jepun berikutan gempa bumi kuat yang mengegarkan negara itu, Malaysia tetap dengan cita-citanya membina loji tenaga nuklear, kata timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEKatanya agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini.

"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun.Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya.

Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di Putrajaya hari ini.

Berikutan magnitud 8.9 pada skala Richter yang menggoncang Jepun, tiga daripada reaktor nuklearnya di Fukushima, yang hanya kira-kira 250 km dari Tokyo menghadapi kemungkinan musnah.

NONEPuluhan ribu masyarakat yang tinggal berhampiran pusat itu juga terpaksa dipindahkan kerana kebimbangan kebocoran radiasi.

Sebelum ini, Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin pada Disember lalu mengumumkan Malyasia akan membina dua loji tenaga nuklear yang mampu menjana 1,000 megawatts setiap satu. Loji pertama dijadual beroperasi pada 2021 manakala yang kedua setahun kemudian.
'Tidak pasti'

Chin juga dilaporkan berkata semalam bahawa Agensi Nuklear Malaysia akan memberi penjelasan dalam tempoh terdekat mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji di Jepun itu.
NONEDitanya mengenai kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan yang dikatakan telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia, dan mencetuskan kebimbangan ramai, Muhyiddin berkata beliau tidak pasti.
“Kami faham penduduk bimbang tetapi beberapa syarat mesti dipatuhi seperti soal keselamatan dan alam sekitar.

“Jadi agensi-agensi yang relevan mesti kaji sebelum satu keputusan dibuat. Sama ada ia sudah dibuat keputusan atau tidak, saya tidak pasti,” katanya.

Minggu lalu, akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) melaporkan pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia.

NONEPusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.

Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an.
'Jangan percaya SMS'

Muhyiddin juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun.

NONEMenyifatkan penyebaran sms itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini.

Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut.

"SMS itu dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak.

"Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti biasa," katanya.

p/s : so geng...amacam ..?

Posted by Pak Ma'on on 7:18 PM

bagaimana tsunami terhasil

klik untuk besarkan gambar

* umpama macam kita goncangkan baldi penuh dengan air...air tu boleh melimpah keluar...macam tu jugak lah lautan..

Posted by Pak Ma'on on 11:25 PM

minat julia robert sampai tatukan badan

klik untuk besarkan gambar

Posted by Pak Ma'on on 11:22 PM

murid 11 tahun lebih pandai daripada Einstein

klik untuk besarkan gambar

Posted by Pak Ma'on on 11:19 PM

Kartun tsunami Berita Minggu cetus bantahan

Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.

berita harian ultraman cartoon japan earthquakeKartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi
hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.

Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka - melalui lamanweb sosial dan Twitter - terhadap Berita Minggu, malah ada yang menggesa supaya memboikot akhbar tersebut.

NONESatu laman petisyen online turut diwujudkan untuk membantah kartun tersebut, dan dalam beberapa jam sahaja, telah mengumpul 571 tandatangan.

Beberapa ahli politik dari kedua belah pihak turut mengecam kartun
yang menurut mereka sebagai tidak sensitif.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam Twitter, menulis bahawa BH perlu memohon maaf kerana menyiarkan kartun tersebut yang menurutnya tidak sensitif langsung terhadap apa yang menimpa rakyat Jepun.

Posted by Pak Ma'on on 7:21 PM

pelbagai fesyen manusia

 * klik untuk besarkan gambar

Posted by Pak Ma'on on 6:34 PM

badan kena kelar

sikit-sikit nak gaduh...sikit-sikit nak gaduh...kan dah berkelar-kelar badan tu...cuba cool down sikit slow talk ke apa ke..


Posted by Pak Ma'on on 6:17 PM

kucing bermacam perangai

klik untuk besarkan gambar

Posted by Pak Ma'on on 6:09 PM

tengok muka driver ni

ini bukan sarkas

Posted by Pak Ma'on on 5:20 PM

kuasa otak

tonton video ini dan bandingkan jawapan anda..aneh kan ??

Posted by Pak Ma'on on 1:47 PM

jepun diancam radiasi






Beribu-ribu orang meninggalkan kawasan loji nuklear Jepun yang
dilanda gempa bumi kelmarin, selepas berlaku kebocoran dan pihak
berkuasa berdepan dengan ancaman baru hari ini ekoran kegagalan sistem pendinginan dalam reaktor kedua.

japan tsunami and earthquake 2011 nuclear power plant fukushima no 1Ketika para pekerja menyimbahkan reaktor terbabit dengan air laut untuk mengelakkan berlaku malapetaka, sebuah lagi reaktor di loji
tersebut berdepan dengan masalah.

Operator loji Tepco berkata, pihaknya sedang bersedia untuk melepaskan stim bagi melegakan tekanan dalam reaktor No 3 di loji
yang terletak 240km di utara Tokyo itu - yang akan mengeluarkan
jumlah kecil radiasi - ekoran letupan dan kebocoran semalam dari
reaktor No. 1.

Pada 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia) syarikat berkenaan telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa tahap radiasi telah mengatasi had selamat di di kawasan tersebut dan menyifatkannya sebagai "keadaan kecemasan". Tepco bagaimanapun berkata ini tidak bermakna satu ancaman kepada kesihatan manusia.

Pasukan bertungkus lumus untuk menghalang cecair pendingin daripada meruap dan mendedahkan rod bahan api kepada udara, yang boleh mencetuskan kebocoran besar radiasi. Sistem pendingin gagal selepas generator penyokong elektrik rosak dilanda tsunami.

p/s ini jepun tau !!..jepun !! bukan bangladesh atau nepal..teknologi hebat jepun pun tak dapat menjamin selamatnya guna nuklear ni..

Posted by Pak Ma'on on 1:28 PM

pekerja di china membina hotel 15 tingkat hanya dalam masa 6 hari

 
seorang pekerja pembinaan di changsha china telah berjaya menyiapkan bangunan hotel 15 tingkat dengan mengambil masa 6 hari sahaja !

berani tak korang tidur kat hotel ni ha ha ha

Posted by Pak Ma'on on 11:50 AM

Epik Melayu wajah Inggeris



 EPIK Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) terletak kepada mitos dan separuh sejarah. Ramai menanti-nantikan HMM untuk beraja di panggung-panggung berikutan cakap-cakap yang mendakwa ia epik blockbuster yang terhasil daripada kos jutaan ringgit. Filem itu mewah dengan CGI (imej janaan komputer) di bawah pimpinan Yusry KRU selaku pengarah.

Walaupun ia sebuah epik Melayu, HMM ialah sebuah filem Melayu yang bercita rasa tinggi. Ia mempertaruhkan Stephen Rahman Hudges sebagai Merong Mahawangsa. Hero kacukan Inggeris-Melayu itu mencipta nama sebagai Hang Tuah dalam pementesan teater Puteri Gunung The Ledang The Musical (PGLTM).

Kemudian muncul juga nama-nama seperti Gavin Stenhouse yang berasal dari Britain, Hendrik Norman (Sweden) dan Craig Fong.

Craig yang merupakan warga Australia pernah membintangi filem Spinning Gasing. Itu adalah tuntutan watak dan pilihan yang dibuat sangat munasabah.

Sifat mewah HMM berjaya menjadi faktor penarik, tambahan pula pelakon-pelakon hebat tanah air, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Jehan Miskin, Ummi Nazeera dan Khir Rahman mudah dijual sebagai pelakon berkarakter.

Ringkasnya penceritaan HMM mengambil watak Merong Mahawangsa sebagai pelayar tidak berumah tetapi mengaku berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnain.

Dia akhirnya dipilih sebagai pengiring Putera Marcus dari Rom untuk belayar ke satu pelabuhan tidak beraja untuk berkahwin dengan Puteri Maharaja China dari Dinasti Han.

Kepada pembaca hikayat, jangan cepat berharap untuk melihat kesaktian dalam HMM, kecuali keris Pak Kesum yang dikatakan mampu menikam tubuh Taji dan Kemawas yang tidak lut dek senjata. Tiada unsur sakti seperti burung Geruda atau Jentayu dalam filem ini, ia sebaliknya ditukar menjadi puak Geruda dan nama kapal milik Merong.

Barangkali HMM karya terbaik KRU Studios setakat ini dan filem ini wajar dibanggakan anak Melayu. Secara teknikalnya, warna, suasana purba beribu-ribu tahun lampau dan kostum yang digunakan, ia hampir-hampir tidak menunjukkan kecacatan. Di sebalik kemeriahan visual itu, HMM masih tidak boleh lari daripada kelemahan. Paling ketara, terjemahan emosi dan lenggok bahasa Melayu Merong (Stephen) adakalanya mengganggu fokus.

Nakalnya, Stephen layak secara fizikal tetapi gagal jiwa untuk menangkap emosi penonton sebagai pemerintah ulung. Dibandingkan dengan Khir Rahman sebagai Kamawas, Stephen tetap kalah. Ramai penonton pulang dengan dialog Kemawas berbanding dialog yang terletus oleh Merong selaku subjek cerita.
Bagaimanapun, Ummi Nazeera yang naif sebagai Embuk mencuri perhatian.

: inilah kata orang2 tua...rumah siap pahat berbunyi..

Posted by Pak Ma'on on 11:42 AM

Ratu porno selamat dalam gempa bumi

JAKARTA - Nasib pelakon pornografi Jepun, Maria Ozawa menarik perhatian ramai selepas negara tersebut dilanda gempa bumi dan tsunami kelmarin.
Para peminatnya di Indonesia yang mengenalinya dengan gelaran Miyabi tertanya-tanya keadaan pelakon itu selepas bencana tersebut.
Akhbar Kompas semalam melaporkan Miyabi menulis di akaun laman sosial Twitter miliknya menyatakan bahawa dirinya selamat.
"Setelah gempa bumi, saya selamat dan berada di kem bersama semua anggota pasukan pengurusan saya," tulis Miyabi dalam bahasa Jepun.

ha ha ha

Posted by Pak Ma'on on 11:39 AM

mulut paling besar di dunia

ini bukan photoshop ok

Francisco Domingo Joaquim, 21 tahun memegang rekod dunia memiliki mulut paling besar dalam dunia...huh...tak boleh simpan rahsia ni ha ha ha

Posted by Pak Ma'on on 1:38 AM

perempuan paling kecil di dunia..

Jyoti Amge, 17 tahun dari Nagpur India adalah perempuan paling kecil di dunia setakat ini..tengok gambar tu dia duduk sebelah anak patung...cute..

Posted by Pak Ma'on on 1:34 AM

kenapa perempuan ambil masa lama kalau masuk toilet

klik gambar untuk besarkan...ha ha ha

Posted by Pak Ma'on on 1:29 AM

muzik heavy metal selamatkan budak dari diserang serigala






 Di Norway, seorang remaja lelaki berjaya mengelakkan dirinya dari menjadi makan serigala dengan memainkan muzik heavy metal di henfonnya, lapor RIAN.

Kejadian berlaku di Rakkestad, ketika remaja tersebut baru pulang dari sekolah dan dihampiri empat ekor serigala. Kesemua serigala berkenaan terkejut mendengar bunyi bising lagu heavy metal kumpulan Megadeth yang dimainkan oleh remaja tersebut.

Remaja berkenaan berkata, untuk mengelakkan dari diserang serigala, seseorang itu tidak seharusnya melarikan diri, sebaliknya mereka yang sepatutnya menyerang serigala itu dulu.

Information from: RIA Novosti, http://en.rian.ru/

Posted by Pak Ma'on on 1:22 AM

fizz fairuz dan tsunami jepun


dalam negara yang demokrasi, semua orang ada hak bersuara dan boleh bercakap apa sahaja selagi tidak melanggar undang-undang...kecoh sekarang kat internet pasal mamat fiz fairuz ni (yang mana satu?..sori aku tak perasan) kononnya menmpersendakanbencana tsunami di jepun..

back to basic la kan..facebook twiter etc ni semua adalah tempat orang-orang nak mencari perhatian..kita akan cakap apa saja..kalau kita baru beli tudung, sibuk nak update status tulis "baru beli tudung di chowkit" ataupun "tengah lepak-lepak kat bangsar tengok indon sapu sampah" dan macam-macam benda bangang lagi ditaip di status facebook dengan tujuan ada orang komen nanti..

oklah, tak kisahlah apa pun tujuan orang guna facebook, diorang yang bayar bil internet so lantak dialah nak taip apa ye tak ?..bukan kacau aku pun..

so balik pada kisah mamat fairuz ni (pelakon ke penyanyi?), pada aku takde apa yang nak dijadikan isu pun...mamat ni mungkin sekadar update status twiter dia aje...biarlah asalkan tak bertentangan dengan akidah dan syariah..

cuma mungkin tulisannya tu tak kena gaya je..itu aje..

 ultraman sebok tengok Akademi Fantasia lah fizz feroz oi..

Posted by Pak Ma'on on 12:58 AM

tsunami jepun, bangunan konkrit nuklear tumbang





Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan berlaku letupan di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi.

Menurut Edano, Tokyo Electric Power Co bercadang mengiisi kebocoron reaktor di pusat tenaga Fukushima Daiichi dengan air laut bagi menyejukkannya dan mengurangkan tekanan unit berkenaan.

"Reaktor nuklear itu dikelilingi oleh bekas reaktor keluli, yang kemudiannya dikelilingi oleh bangunan konkrit,” katanya.

kalau meletup nuklear tu alamat jadi macam kes chernobyl tu le..

Posted by Pak Ma'on on 12:42 AM

korang rela tak kalau badan korang diperiksa macam ni sekali

scanner badan ini masih dalam peringkat percubaan di Lapangan Terbang Chicago's O'Hare, bertujuan mengurangkan jenyah di lapangan terbang dan dalam pesawat.


amacam..ada beran?

Posted by Pak Ma'on on 3:08 PM

hukuman penjara paling lama



hukuman penjara paling lama pernah diluluskan adalah di Amerika Syarikat, iaitu 10,000 tahun untuk tiga kesalahan membunuh. Dudley Wayne Kyzer dipenjarakan 10,000 tahun oleh mahkamah Tuscaloosa kerana membunuh ibu mertuanya dan seorang pelajar kolej.

pada 1994, seorang perogol dari Oklahoma, Darron Bennalford Anderson dijatuhi hukuman penjara selama 2,200 tahun.


agak-agaknya diorang insaf tak lepas ni..

Posted by Pak Ma'on on 2:57 PM

hikayat merong mahawangsa






ha ha ni apa pulak cerita yang dibuat dek pakcik2 kru ni.tak pasti kenapa semenjak tertubuhnya kumpulan kruk awal 90 an tak pernah sebesar kuman pun aku minat dengan diorang ni..la ni dah buat cerita hikayat pulak..

benda pertama yang terlintas kat kepala first2 masa aku tengok teaser hikayat merong mahawangsa ni ialah cicakman...korang pernah tengok?..bukan nak menghina tapi serius masa aku tengok cd cicakman aku boleh terlelap dengan lenanya sampai besok pagi.tak pasal2 bil karen naik sebab terlupa tutup tv.

aku pun tak pasti samada akan tonton citer hikayat merong mahawangsa ni (tengok wayang memang tak mungkin lah-mungkin tumpang tengok kat kedai2 DVD).

secara peribadinya merong mahawangsa (pra ong maha wang ser) adalah hero yang aku pandang tinggi gak.dia ni lah pemerintah langkasuka/qalha/kedah yang dihikayatkan memang terer gila2 punya.

bendera indonesia yang ada sekarang ni (sang saka merah putih) adalah bendera kerajaan langkasuka. sang saka merah putih ni juga adalah simbol bangsa melayu yang sebenar. korang boleh jumpa sang saka merah putih dekat bendera umno, bendera pas, bendera melaka, bendera singapura etc.

salute dan respek jugak kepada kru sebab mengangkat hikayat ini untuk tontonan ramai..bukan senang nak buat filem2 macam ni lebih2 lagi dalam hal bajet..tapi takpe aku dengar diorang pun dah balik modal dah.lagipun kan diorang tu kaya raya...aku juga percaya ramai generasi hari ni tak kenal siapa merong mahawangsa..mungkin filem ni akan membuka minat korang untuk selidik lebih dalam lagi salah satu cabang asal usul kita-melayu..

p/s korang dah tengok vidoe ni ke belum?

Posted by Pak Ma'on on 2:16 PM

kamasutra






Kama Sutra - panduan seks India yang paling lama pernah wujud
Kama Sutra oleh Vatsyayana adalah naskhah yang paling terkenal tentang seni kuno cara-cara melakukan hubungan seks. Ia adalah panduan seks tertua dan paling terkenal India.

Disusun di suatu tempat antara abad kedua dan keempat SM, ditulis dalam bahasa Sanskrit oleh seorang bijak pandai bernama Vatsyayana di India.

Ditulis untuk bacaam laki-laki kaya di bandar, ia tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi panduan seks untuk khalayak ramai. "Kama" bererti kesenangan atau keinginan sensual. Ini adalah nama Dewa India yang mewakili sifat seksual dalam manusia. "Sutra" bermaksud buku pendek

Buku ini terbahagi kepada  tujuh bahagian, iaitu seksual secara umum, teknik foreplay, tugas-tugas dan hak-hak isteri, hubungan dengan isteri orang lain, bahagian tentang perempuan simpanan dan kaitan seksual dan mistik. Bahagian ketujuh adalah lampiran (index).

Posted by Pak Ma'on on 1:33 PM

sedikit fakta tentang angkasalepas

- Orang pertama yang mengorbit bumi adalah Yuri Gagarin, dari Kesatuan Soviet, pada bulan April 1961.

- Yuri Gagarin selamat ketika melakukan penerokaan angkasalepas tetapi terbunuh di dalam nahas pesawat 7 tahun kemudian.

- angkasawan akan menjadi sedikit tinggi ketika berada di angkasalepas.oleh kerana kurangnya tarikan graviti,menyebabkan tulang-tulang mereka menjadi renggang di antara satu sama lain.

- Objek pertama yang mengorbit bumi adalah Sputnik 1, yang dilancarkan oleh Kesatuan Soviet pada Oktober 1957.

- Haiwan pertama di luar angkasa adalah anjing Union, Laika, pada bulan November 1957. Beliau meninggal dalam penerbangan.




 

Posted by Pak Ma'on on 1:08 PM