Upacara Kematian Yang Aneh Dari Serata Dunia

Setiap yang benyawa pasti akan merasai mati.



Dalam kebanyakan budaya di dunia, kematian adalah sesuatu yang suci sehingga diperlukan sebuah upacara khusus untuk menghormati atau mengenang mereka yang mati. Namun, percayakah anda bahawa ada beberapa budaya membuang mayat, berdansa dengan mayat hingga yang paling mengerikan adalah ritual memakan mayat, jom kita baca:

10. Pengkebumian Dengan Penari Bogel

persembahan tiger show sebelum dikebumikan


Di wilayah Donghai China, pengkebumian sebenarnya adakah simbol status. Reputasi orang mati dan kehormatan dianggap sangat perlu diberi perhatian. Jadi, keluarga menyewa penari bogel untuk menarik orang ramai datang menyaksikan pengkebumian. Kerajaan China telah membanteras upacara ini setelah mendapat liputan meluas media.

9. Berjoget Dengan Orang Mati
habis mayat tu diajak buat breakdance...
Percaya atau tidak, orang Malagasi di Madagaskar mengeluarkan mayat dari kubur dan melakukan perayaan bersama mereka. Ritual yang disebut Famadihana ini meyakini semangat si mati akan bergabung dengan nenek moyang mereka setelah tubuhnya membusuk. Perayaan yang diiringi dengan tarian-tarian bersama mayat ini diadakan sekali setiap tujuh tahun dan merupakan waktu keluarga berkumpul untuk bersukaria.

8. Pengkebumian Langit

Hari ini kita dapat makan besar yeah..
Yang ni takdak kena mengena dengan Ayah Pin dan kerajaan langitnya. Iklim panas Tibet dan tanah berbatu-batu membuatkan pengkebumian di sana menjadi sukar. Jadi, warga Buddha di Tibet mengamalkan 'pengkebumian langit' di mana tubuh akan dicincang, dicampur dengan tepung dan diatur sedemikian rupa agar dimakan oleh burung-burung pemakan bangkai. Mereka percaya bahwa tubuh hanyalah sebuah kapal untuk jiwa dan harus kembali ke alam.

7. Pengkebumian Tana Toraja

Pengkebumian di wilayah Tana Toraja Indonesia adalah sebuah ritual agung bagi masyarakat di sana. Upacara pengkebumian diiringi muzik, tari-tarian dan pesta untuk sejumlah tamu. Pada masyarakat setempat, kematian di sini adalah sebuah kesempatan mewah dengan harga yang mahal. Jadi, keluarga si mati diberikan penangguhan, mereka tidak perlu menguburkan tubuh mayat dengan segera. Mereka hanya dapat membungkusnya dan menyimpannya di dalam rumah mereka, sementara mereka menabung untuk membiayai kos pengkebumian. Tabungan mungkin mengambil masa waktu berminggu-minggu, bulan atau bahkan bertahun-tahun. Sementara waktu itu, mayat diperlakukan seperti orang sakit .

Nampak macam nak berdemo, tapi sebenarnya pesta kematian

Sebuah pengkebumian yang sebenarnya terjadi ketika keluarga melakukan upacara kematian dan keranda ditempatkan di kuburan berupa gua atau tergantung di tebing.

6. Kematian orang kaya-kaya

Orang-orang sekarang dapat 'memakai' orang yang mereka cintai di jari-jari mereka.
Karbon mayat yang digilap menjadi batu cincin
Sebuah perusahaan Amerika yaitu LifeGem menawarkan kesempatan bagi mereka yang mati dan dicintai menjadi sebuah berlian sintetik. Proses ini dimulai dengan menyedut karbon dari tubuh pada saat dibakar dari simati. Karbon dari tubuh mayat ini kemudian diubah menjadi grafit seterusnya menjalani sebuah proses dengan suhu dan tekanan sangat tinggi untuk mendapatkan kristal berkilau seperti berlian. Harganya sekitar $ 3500 dan boleh menecah $ 20,000 bergantung pada ukuran karat.

5. Keranda Fantasi

ni bukan tuna gergasi tapi keranda
Jika Elvis meninggal di Teshi (Ghana), maka dia akan dikuburkan dalam sebuah keranda berbentuk gitar. Warga pinggiran Accran ini mempunyai kebiasaan menguburkan mereka yang mati dalam keranda fantasi. Keranda ini mengambarkan pekerjaan dan minat si mati ketika masih hidup. Replika raksasa botol coke, buah-buahan atau 'gadget' lain akan ditampilkan di ruang pamer keranda.

4. Endocannibalisme

Mungkin ini ritual kematian terburuk yang pernah wujud. Endocannibalisme adalah amalan di mana orang memakan tubuh mayat. Idea di balik kebiasaan mengerikan ini adalah kepercayaan bahawa dengan memakan tubuh si mati maka sekaligus akan 'menghisap' sifat-sifat si mati untuk asimilasi roh.



Beberapa suku di Amerika Selatan dan Australia dikatakan telah mempraktikkan ritual menyeramkan ini. Tapi banyak tokoh-tokoh akademi merasakan endocannibalisme adalah tuduhan palsu dilemparkan oleh kolonial pada masa awal untuk mendapatkan alasan dominasi politik. Menurut ahli antropologi Napoleon Changon, komuniti Yanomamo di Amerika Selatan masih makan abu dan sisa tulang orang yang mati setelah di bakari.

3. Mumifikasi Diri Sendiri

Hal ini membuat ritual menjelang kematian kedengaran lawak (atau bodoh?). Beberapa sami Budha yang dipanggilt Sokushinbutsu di Jepun tidak hanya melakukan bunuh diri, mereka juga melakukannya dengan cara yang dipercayai menyebabkan mereka menjadi mumia. Proses ini dimulakan dengan diet kacang dan buah-buahan dikombinasikan dengan amalan fizikal yang ketat. Penghapusan lemak tubuh tercapai dengan langkah pertama. Langkah kedua melibatkan kehilangan cairan tubuh dan meracuni tubuh mereka untuk mencegah serangan ulat dan cacing. Ini dicapai dengan menminum kulit, akar dan teh beracun selama seribu hari.
dah mati, dia jadi macam ni laa
Pada tahap terakhir, sami itu akan memasuki sebuah makam batu, duduk dalam posisi bersila dan menunggu kematian. Dia akan membunyikan loceng setiap hari untuk membiarkan sesama sami diluar tahu bahawa dia masih hidup. Dan kemudian ketika loceng tidak lagi berbunyi, para sami yang lain akan mengunci makam, menunggu 1000 hari lagi sebelum membukanya untuk mengesahkan sami tadi samada sudah jadi mumia atau belum.

2. Puasa Untuk Kematian

Vimla Devi, seorang wanita India melawan kanser, meninggal pada 2006. Penyebab kematian itu bukan kanser tapi puasa selama 13 hari yang disebut santhara.



Ini kematian sukarela dengan puasa yang dipraktikkan oleh Jain, sebuah masyarakat yang percaya kepada anti kekerasan terhadap semua makhluk. Santhara biasanya dimulakan setelah orang memutuskan bahawa tujuan hidupnya sudah tercapai dan bersedia untuk pemurnian spiritual. Ianya sering dianggap sebagai bentuk bunuh diri atau euthanasia. .

1. Exposure

Zoroastrianisme percaya bahwaa setelah kematian, tubuh hanya akan menambah pencemaran kepada alam sekitar. Pembakaran mayat atau pengkebumian tidak dilakukan karena mereka beranggapan perbuatan itu akan mencemari unsur-unsur suci seperti api dan bumi. Jadi, mereka melakukan sebuah ritual yang disebut eksposure orang mati. Tubuh si mati disimpan di menara yang disebut Tower of Silence dan dibiarkan dimakan oleh burung nasar.


Amalan ini sekarang masih dilakukan di sebahagian benua India. Kekurangan populasi burung hereng pemakan bangkai di India telah menyebabkan proses ini menjadi mengerikan. Beberapa Foto terakhir, menunjukkan tompokan mayat semakin membusuk di atas Tower di Mumbai (India), dan membangkitkan kontroversi dalam masyarakat.

Posted by Pak Ma'on on 10:52 PM

Panglima Si Bongkok - Kisah Yang Mungkin Kita Tidak Pernah Tahu

HIKAYAT SI BONGKOK PAHLAWAN TANJUNG PUTERI

Jasamu Tetap Dikenang
ADA beberapa tokoh misteri yang nama mereka ‘hilang’ dalam lembaran sejarah perjuangan menentang penjajah di tanah air, ratusan tahun lalu. Walaupun kewujudan mereka suatu ketika dulu memberi sumbangan besar dan mencetuskan kegerunan di jiwa penjajah, kebanyakan tokoh ini tidak disebut dalam mana-mana dokumen sejarah.
Menyedari pentingnya sumbangan dan kewujudan pahlawan misteri itu didedahkan kepada khalayak untuk diiktiraf sejarah tanah air, ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Jelebu, Negeri Sembilan; Abdul Latip Talib, memulakan penyelidikan bagi membongkar rahsia kehilangan mereka.
“Antara tokoh terbabit adalah Si Bongkok Tanjung Puteri yang sehingga kini, sejarah perjuangannya masih tidak diketahui ramai pihak,” katanya yang menulis novel sejarah berkenaan pahlawan itu, tahun lalu.
Beliau berkata, tidak seperti tokoh pejuang lain seperti Datuk Bahaman di Pahang atau Rentap di Sarawak, sejarah negara ini tidak pernah mengenali siapa Si Bongkok yang berjuang menentang British dan sekutunya di Johor.
“Ceritanya bermula apabila British mula menjajah Singapura seterusnya cuba melebarkan pengaruh mereka ke Johor,” kata Abdul Latip seterusnya memulakan kisah perjuangan Si Bongkok Tanjung Puteri yang kini semakin hilang dalam lipatan sejarah negara.
Pernah suatu ketika sekitar abad ke-19, Kerajaan Johor tidak diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British.
Polemik itu berlaku apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835; putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman.
Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru). Beliau berhasrat mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British.
Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Abdul Rahman, dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Tengku Ali.
Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Dinamakan dirinya sebagai ‘Si Bongkok’ berikutan keadaan tubuh badannya yang cacat iaitu bongkok ke kanan manakala tangan kirinya pula cengkung. Mukanya pula herot dan bengkak ke kanan.
Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, Si Bongkok membesar sebagai seorang pemuda yang gagah dan berani. Beliau cekap bermain senjata dan mahir dalam ilmu lautan. Si Bongkok juga dikatakan memiliki ilmu kebal yang menyebabkan jasadnya tidak akan luka sama ada ditembak atau ditikam senjata tajam.
Kewibawaan beliau dikagumi ramai pihak sehingga Si Bongkok diangkat menjadi pemimpin oleh pengikutnya yang ramai. Di kalangan musuhnya sendiri beliau digelar Panglima Si Bongkok.
Si Bongkok hidup di atas kapal layar di tengah laut. Dia mempunyai pengikut yang ramai dan masing-masing memang cekap bermain senjata serta mengendalikan kapal di laut.
Kebenciannya terhadap penjajah dan pemimpin tempatan yang mengadakan hubungan dengan bangsa asing itu menyebabkan Si Bongkok bersama pengikutnya bangkit menentang.
Mereka akan menyerang kapal bangsa asing yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri atau Singapura. Tindakan itu menyebabkan British melabelkan mereka sebagai lanun.
Disebabkan serangan Si Bongkok dan pengikutnya, aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot kerana kebanyakan pedagang asing tidak lagi berani memasuki wilayah itu.
Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada British menyebabkan bangsa asing itu mengarahkan Temenggung Abdul Rahman supaya menghapuskan kumpulan Si Bongkok.
Bagaimanapun, walau pelbagai cara digunakan untuk membunuh Si Bongkok, usaha itu tidak pernah berhasil kerana dipercayai tiada siapa yang mengetahui cara untuk mengatasi ilmu kebal yang dikuasai pahlawan itu.
Usaha mengekang serangan Si Bongkok terus diperketat dengan rondaan berterusan diadakan di perairan Selat Tebrau. Kerajaan Johor dan British juga semakin khuatir kerana angkatan laut Si Bongkok memiliki ubat bedil dan senjata api hasil rampasan kapal dagang Barat yang diserang mereka.
Pada suatu hari, satu angkatan laut Johor diketuai Panglima Johor, Laksamana Daeng Alek meronda di Selat Tebrau mencari Si Bongkok. Kehadiran tentera diraja itu untuk menangkapnya sudah diketahui Si Bongkok melalui perisiknya di istana. Si Bongkok pun bersedia menghadapi tentangan angkatan Panglima Johor.
Rondaan kapal perang Panglima Johor akhirnya berjaya mengesan kedudukan kapal Si Bongkok. Mereka segera merapati kapal itu untuk menyerangnya.
Si Bongkok mengarahkan pengikutnya seramai lima puluh orang menyerang belas askar diraja itu. Pertempuran hebat berlaku di atas kapal, di tengah lautan.
Selepas lama bertempur, akhirnya angkatan Panglima Johor tewas. Mereka terpaksa berundur kembali ke pangkalan di Tanjung Puteri selepas ramai askar diraja yang terkorban dan lima kapal perangnya, karam.
Kekalahan itu tidak memutuskan semangat Panglima Johor untuk terus menyerang Si Bongkok. Pada hari yang lain, mereka menyerang lagi dengan lebih ramai askar. Angkatan perang Panglima Johor berjaya mengepung beberapa kapal Si Bongkok tetapi dengan kebijaksanaannya, Si Bongkok berjaya melarikan diri ke tempat persembunyiannya sekitar Tanjung Belungkur.
Kegagalan itu menyebabkan Laksamana Daeng Alek, Kerajaan Johor serta British semakin marah dan tertekan.
Selain Panglima Johor, turut menentang Si Bongkok adalah adiknya sendiri iaitu Panglima Putih. Berbeza dengan Si Bongkok yang menyokong Tengku Ali, Panglima Putih menyokong Temenggung Abdul Rahman menyebabkan mereka bermusuhan.
Mereka berdua juga dikatakan mencintai gadis yang sama iaitu Si Tanjung. Bersama Laksamana Daeng Alek, Panglima Putih beberapa kali menyerang abangnya tetapi tetap gagal menghapuskan Si Bongkok. Si Bongkok pula terus menyerang kapal dagang yang ingin berlabuh di Tanjung Puteri dan Singapura.
Episod akhir perjuangan Si Bongkok berlaku apabila sekali lagi kapalnya diserang. Akan tetapi, serangan pada kali itu lebih dahsyat kerana setiap penjuru perairan Selat Tebrau sudah dikepung angkatan laut Johor.
Si Bongkok dapat melepaskan diri ke Tanjung Belungkur, tempat persembunyiannya tetapi kapal Panglima Putih terus mengejar.

Inggeris label pemuda cacat sebagai pengganas
“SELEPAS Si Bongkok menemui ajalnya di tepi pantai itu, mayatnya dijumpai seorang penduduk tempatan dikenali Uteh Jantan.
“Kemudian Uteh Jantan bersama beberapa penduduk kampung membawa mayat Si Bongkok sehingga ke lereng bukit Tanjung Puteri dan pahlawan itu dikebumikan di situ secara rahsia,” kata penulis novel Si Bongkok Tanjung Puteri, Abdul Latip Talib.
Beliau berkata, pengebumian itu dilakukan secara rahsia kemungkinan bagi mengelakkan Kerajaan Johor dan British mengambil jasad pahlawan yang sememangnya disokong penduduk tempatan.
Katanya, penduduk terbabit juga mungkin khuatir mereka akan ditahan pihak berkuasa kerana mengebumikan jasad Si Bongkok menyebabkan mereka tidak menghebohkan lokasi mayat itu ditanam.
Kini, pusara berkenaan terletak dalam hutan belukar di kaki bukit Tanjung Puteri dan pengunjung perlu meredah semak dan denai selama setengah jam untuk sampai di sana. Penduduk yang tidak biasa dengan keadaan hutan itu, pasti tersesat dan tidak menemui kubur pahlawan berkenaan.
Sebaik melihat pusara berkenaan pula, perasaan sayu dan pilu menjelma di jiwa tatkala melihat keadaannya yang terbiar tanpa ada usaha untuk memuliharanya. Pusara itu sekadar bernesankan sekeping papan yang sudah reput.
“Mengikut cerita penduduk tempatan, nesan itu diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara pahlawan berkenaan,” katanya.
Abdul Talib berkata, berdasarkan penemuan kubur berkenaan selain cerita mengenai Si Bongkok yang tersebar secara lisan sehingga hampir ke seluruh Johor sehingga kini, maka beliau yakin yang Si Bongkok sememangnya pernah wujud dan bukanlah cerita dongeng. Malah, namanya turut disebut dalam lagu rakyat Johor iaitu ‘Tanjung Puteri’.
Katanya, beliau mula menulis novel sejarah mengenai Si Bongkok sejak tahun lalu bagi memperbetulkan kembali ‘fitnah’ yang dilemparkan terhadap pahlawan itu kononnya beliau adalah lanun dan bukannya pejuang menentang penjajah.
Selain itu, usaha membukukan kisah perjuangan Si Bongkok juga dibuat Abdul Latip bagi membolehkan cebisan sejarah lisan yang tersimpan dalam ingatan orang lama, tidak hilang ditelan masa seterusnya nama Si Bongkok akan dikenang melewati masa.
“Saya percaya ramai pejuang Melayu yang nama mereka hilang daripada lipatan sejarah negara kita dan Si Bongkok adalah seorang daripada pejuang itu; sejarah kita dulu ditulis British menyebabkan ramai pahlawan kita yang menentang mereka dianggap penderhaka dan nama mereka tidak dicatat dalam sejarah.
“Saya berharap supaya sejarah ini boleh diperbetulkan semula dan pihak terbabit perlu tampil mengiktiraf perjuangan Si Bongkok setaraf dengan nama pejuang lain seperti Tok Janggut, Dol Said dan sebagainya,” katanya.
Abdul Latip juga menggesa pihak berkuasa supaya memulihara pusara Si Bongkok sebagai satu daripada warisan peninggalan sejarah yang bukan saja dibanggakan rakyat Johor tetapi rakyat negara ini.
Pusara Panglima Si Bongkok
 “Saya sendiri sudah pergi ke Tanjung Belungkur untuk melihat sendiri pusara Si Bongkok Tanjung Puteri, keadaannya amat menyedihkan kerana terbiar. Selepas 50 tahun kita merdeka, masihkah kita sependapat dengan penjajah yang melabelkan Si Bongkok itu lanun dan pengganas?” katanya.
 Tanjung Puteri
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri


Posted by Pak Ma'on on 9:20 AM

Tugu Negara Runtuh Dibom : Peristiwa Yang Pernah Menggemparkan Negara




Lima patung-patung gangsa itu setiap satunya tingginya 15 meter. Setiap satu berdiri di atas tubuh musuh-mush yang mati digambarkan sebagai askar-askar Jepun dan pengganas komunis ( 1941-1945), dan di zaman daurat (1948-1961), di mana pengganas komunis (Bintang Tiga) mengganas secara gerila dengan menyerang dan memusnahkan kepentingan-kepentingan British di Tanah Melayu.


Mengikut Sejarah, Tunku Abd.Rahman telah mendapat ilham untuk membina Tugu Negara ini semasa mengadakan Lawatan Rasmi Ke Amerika Syarikat pada tahun 1961. Dalam lawatan tersebut, Tunku Abd.Rahman telah berpeluang dan diberi penghormatan oleh pihak pentadbiran Amerika Syarikat, untuk meletakkan kalungan bunga di Tugu Kebanggaan Negara Amerika Syarikat, iaitu Tugu Pahlawan Iwojima.

Sir Filex De Weldon: Pencipta Tugu Negara

Apabila Tunku Abd.Rahman, pulang ke tanah air, beliau telah mengarahkan pelan untuk membina Tugu Negara yang serupa dengan menyesuaikan bentuk pasukan bercirikan Pasukan Askar Melayu.

Tugu Negara Dibom pada 26hb Ogos 1975
Sebuah kawasan di Jalan Parlimen, yang tidak jauh dari kediaman rasmi Tunku telah dipilih untuk membina tugu gangsa ini.


Menjelang tahun 1963, peruntukan sebanyak RM 1.3 juta ringgit telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai dalam bentuk derma dan selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Seorang pengukir bangsa Itali telah dihubungi, yang bernama Filex De Weldon, telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja mengukir patung-patung gangsa ini.


Filex De Weldon, mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan empat patung manusia berdiri, dan beberapa patung yang menyerupai patung yang terlentang dan tertirap. Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960).


Tugu Negara ini telah dibom pada 26hb Ogos 1975, pada jam 5.00 pagi memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).


Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.Ia kini telah dipulihkan pada keadaan asal.

Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua kebanyakan penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.


Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos.

Walaupun tidak dapat disahkan motosikal itu digunakan pengganas, jenisnya dikatakan menyamai laporan awal kenderaan yang digunakan dua pengganas untuk melarikan diri ketika terserempak dengan polis.
Tapi tiada maklumat sama ada komunis-komunis itu dapat ditangkap."

Posted by Pak Ma'on on 1:35 AM

Penjenayah Yang Menggemparkan Malaysia - Botak Chin


Botak Chin
Pada 22 November 1975 ketika malam mula berlabuh sekumpulan lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah kereta Datsun hijau. Sebaik enjin dihidupkan, mereka memandu menyusuri jalan penuh liku di ibu kota Kuala Lumpur.

Perjalanan mereka pada malam itu hanya untuk satu tujuan ‘gila’. Daripada situlah bermulanya satu kisah besar dalam sejarah negara dicatatkan. Sasaran mereka adalah sebuah kereta dinaiki pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam.

Sebaik menjumpai kereta dinaiki pegawai polis itu, mereka mengekori rapat sambil mengintip peluang yang sesuai untuk melaksanakan tindakan mereka. Warga kota sekitar Jalan Davis-Jalan Pekeliling, masih meneruskan kegiatan masing-masing tanpa mengesyaki satu kejadian menggemparkan pada malam itu.

Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun ber kenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. Sebaik merapati kenderaan dinaiki pegawai kanan polis itu dan melihat peluang yang dinanti terbuka luas, 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ Kulasingam.

Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. 

Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam.

Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu.

Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, yang mengepalai rancangan itu naik angin apabila mengetahui musuh ketatnya hanya cedera.

Amarahnya memuncak mengingatkan kehadiran polis kerap mendatangkan masalah kepada aktiviti haramnya. Kegiatan mengutip wang perlindungan daripada tempat perjudian haram sekitar Kuala Lumpur yang dikuasainya cuba dilumpuhkan pasukan itu.

Kegiatan rompakan bersenjata dan pembunuhan yang dilakukan menyebabkan dia dan ahli kumpulan menjadi buruan. Banglo di Bukit Kenny yang disewa dengan bayaran RM1,200 sebagai tempat persembunyian hanya bertahan selama tiga hari sebelum polis berjaya menghidu markas baru mereka itu.

Malah, dia sendiri nyaris ditahan polis pada September tahun itu apabila kereta curi yang dinaikinya bersama beberapa anggota dikesan pihak berkuasa itu. Selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti di Segambut Dalam dan Botak Chin segera menyelinap ke kawasan setinggan. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk revolver .38.

Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya meloloskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank. 

Pada bulan sama juga, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi kematian tidak menakutkannya, dia terus melakukan rompakan.

Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Lelaki itu berbahaya terhadap negara. 

Usianya baru pada awal 20-an tetapi dalam usia smuda itu, namanya sudah tercatat dalam sejarah jenayah negara sebagai penjenayah ganas paling dikehendaki. 

Tindak-tanduknya sentiasa mendatangkan bahaya yang besar kepada ke amanan negara.

Lalu satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin, tempat yang sering dikunjungi dan sarang persembunyian.

16 Februari 1976. Selepas beberapa bulan menjejak penjenayah kejam dan paling dikehendaki itu, akhirnya episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Operasi besar diatur dan pelan dirangka sebaik mungkin. 

Polis mula mengepung kilang berkenaan dan dalam kegelapan malam, mereka menunggu kemunculan Botak Chin. Detik demi detik berlalu dengan penuh debaran.

Akhirnya, sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan. 

Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Botak Chin tidak menyedari bahawa kawasan itu sudah dikepung.

Beberapa pengikut penjenayah itu yang ditugaskan mengawal kawasan kilang berkenaan masih leka dan selesa dengan aktiviti masing-masing seolah-olah ketenangan malam itu akan terus dinikmati dengan aman.

Ketika itulah polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang menyebabkan pengawal leka yang diharap menjadi mata dan telinga Botak Chin lari lintang pukang meninggalkan ketua mereka dan tempat persembunyian itu.

Daripada dalam pejabatnya, Botak Chin dan dua orang kanannya iaitu Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Hiew Foo Khen (Ah Keong) yang berasa ‘sesuatu yang tidak kena’ berlaku di luar mula menyedari mereka sudah dikepung polis. 

Beberapa ketika kemudian, berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis dengan masing-masing melepaskan tembakan. Polis melepaskan kira-kira 500 das tembakan selain gas pemedih mata dalam drama tembak menembak itu.

Pangkor Chai dan Ah Keong membalas tembakan selain melemparkan sebutir bom tangan ke arah polis. Pertempuran begitu sengit dan meruncing. 

Dalam kelam-kabut itu, Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Dalam kesakitan, dia merangkak mencari dua pengikut kanannya itu tetapi mendapati kedua-dua mereka sudah kaku tidak bernyawa.

Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu. 

Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.

Disebabkan peguamnya membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Privy Council, Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 tetapi dia tetap didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan ditolak.

Botak Chin
 Ketika menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali.

11 Jun 1981, kepalanya disarung dengan kain hitam. Dalam kegelapan, dia dibawa menuju ke satu lokasi dalam Penjara Pudu itu. Botak Chin diminta berdiri di atas platform dan beberapa ketika kemudian kedengaran gear ditarik.

Platform di bawah kakinya terbuka, tubuhnya terjatuh ke bawah, tali gantung menjerut lehernya sehingga patah dan riwayatnya selaku penjenayah muda yang ganas dan paling dikehendaki polis akhirnya tamat.

Botak Chin


Kronologi Botak Chin: Hasil rompakan diguna beli senjata api di Thailand

1967 – Mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah kecil seperti mencuri.

19 April 1969 – Melakukan rompakan bersenjata pertama bersama tiga rakan.

September 1969 – Memiliki senjata pertamanya revolver .22 lalu menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun.

November 1974 – Dibebaskan daripada penjara. Cuba memulakan kehidupan baru sebagai insan biasa tetapi pendapatan sebagai penjual sayur tidak memuaskan hatinya.

April 1975 – Kurang setahun selepas dibebaskan, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai).

Mei 1975 – Pergi ke Thailand dengan bantuan rakan untuk membeli senjata api.

2 Jun 1975 – Merompak RM5,800 daripada sebuah pusat perjudian haram di Sentul. Hasil rompakan digunakan untuk membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand. Berlatih menembak dengan menjadikan anjing liar sebagai sasaran di kawasan bekas lombong di Kepong. Semakin berani apabila mempamerkan senjata api di tempat terbuka iaitu Pasar Sentul.

20 Julai 1975 – Merompak RM95,000 dari sebuah bank di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Tidak lama selepas itu, beberapa pemain mahjung dirompak RM10,000 selain barang kemas dan barang berharga di sebuah kuil Cina di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Merampas tiga pistol milik tiga anggota polis. Merampas senjata api milik pengawal keselamatan dalam rompakan sebuah bar di Sentul. Mencabar sesiapa saja di Kelab Kereta Api Sentul untuk beradu kehandalan menembak ala koboi dalam rompakan di situ.

26 Oktober 1975 – Rompakan terbesar dilakukannya apabila melarikan RM218,000 dan menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda. Hasil rompakan sekali lagi digunakan untuk membeli senjata api di Thailand. Dia kemudian memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru. Menyedari kedudukannya sebagai ketua mula terancam kerana ada yang cuba mencabarnya, Botak Chin bertindak. Ketua geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek dan anggota gengnya sendiri iaitu Ah Wong, kemudian ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Orang kanannya, Seh Chai, mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga merampas 15 senjata api, peluru dan bom.

22 November 1975 – Cuba membunuh pegawai kanan polis yang memburunya tetapi gagal.

16 Februari 1976 – Ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kilang di Kuala Lumpur. Dua pengikut kanannya terbunuh dalam pertempuran dengan polis.

11 Jun 1981 – Maut di tali gantung di Penjara Pudu.

Posted by Pak Ma'on on 10:24 PM

10 Restoran Paling Aneh dan Unik di Dunia

1. Cannibalistic Restaurant ( Japan )
 


“Nyotaimori” yang bermaksud 'female body plate' adalah salah satu nama restoran di Jepun yang menyajikan sushi dah sashimi di tubuh mayat wanita. Tubuh mayat ini dibuat dari makanan dan diletakkan di meja operasi seperti di bilik bedah. Pengunjung boleh memakan mana mana bahagian tubuh yang mereka mahu. Tubuh yang dipotong akan mengeluarkan darah, sama seperti potongan tubuh manusia yang sebenar.

2 Toilet Restaurant ( Taiwan )

Marton Theme Restaurant, di Kaohsiung ( Taiwan ) menyediakan 'suasana tandas' bagi pelanggannya. Dekorasi ruangan, kerusi dan tempat makan yang digunakan umpamas seperti di toilet. Meja dibuat seperti bathtub, dan makanan yang disediakan diletakkan di piring dan mangkuk yang di design seperti tandas duduk. Makanan yang disajikan di sini bukan sekadar sedap, tapi juga memberikan sensasi sendiri bagi pengunjungnya.

3. Restaurant in the Sky ( Belgium )

Dinner in the Sky adalah salah satu restoran di Brussels yang menyediakan tempat makan untuk 22 orang. Tentu saja di ketinggian 150 kaki !!! Tempat makan di reka khusus supaya mudah diangkat menggunakan crane. Pengunjung bebas menentukan lokasi ketinggian yang diminati, asal jangan sampai menjatuhkan garpu dan pisau

4. Dark Restaurant ( China )

Restoran kegelapan terletak di Beijing, China. Semua rekaan restoran benar-benar berwarna hitam. Pengunjung yang datang akan dilayan oleh pelayan yang sudah dilengkapi dengan teropong malam ke meja makan. Henfon tidak dibenarkan dibawa ke restoran ini. Oleh kerana tidak dapat melihat makanan yang dihidangkan, pengunjung benar-benar merasakan makanan yang tidak pernah dimakan sebelumnya di restoran ini.

5. Restaurant Kuburan ( India )


Restoran yang terletak di Ahmadabad India ini terkenal dengan menu teh susu, roti gulung dan kuburan di antara meja. Pemilik restoran mengaku telah membuka restoran ini turun temurun selama 4 dekad, tapi tidak tahu siapa jenazah yang terkubur di bawah kuburan ini ( weks.. )

6. Restaurant di Penjara ( Italy )


Restoran ini terletak di tempat yang paling-paling selamat, yaitu penjara Fortezza Medicea di Italy. Dekorasi restoran ini adalah penjara tempat pembunuhan yang dilengkapi dengan tembok setinggi 60 kaki, menara pengawas, security kemera yang telah beroperasi selama 500 tahun. Selain itu, tempat ini dilengkapi juga dengan penjaga penjara dengan senjata lengkap.

7. Restaurant Robot ( China )

Kenapa dinamakan robot ? karena restoran ini buka sepanjang hari selama 21 jam tanpa mengenal lelah. Pengelola restoran juga sekali pandang nampak macam kembar, namun ini adalah pasangan suami istri kembar seiras ! Orang-orang sekitar menyebutnya ” robot couple restaurant ” kerana mereka melihat orang yang sama bekerja seperti robot dalam menjalankan restoran dari jam 5 pagi sampai jam 3 dini hari. Jadi dapatlah nama restoran Robot

8. Restaurant bawah laut ( Maldives )


Restoran bawah laut pertama diperkenalkan di Hilton Maldives Resort & Spa, April 2007. Restoranbernama Ithaa ( baca eet-ha ) bermaksud Pearl dalam bahasa Maldives, Dhivehi, berada 5 meter di bawah Laut Hindi yang dikelilingi oleh batu karang dan panorama bawah laut. Ini adalah restoran pertama untuk kategori bawah laut.

9. Condom Restaurant ( Thailand )

Cabbages dan Condoms adalah nama restoran di Thailand. Ada banyak kondom di dinding2 dan lukisan kondom di karpet. Setelah makan, pengunjung akan diberi kondom di meja cashier . Keuntungan dari restoran ini digunakan untuk membantu yayasan Population and Community Development Association ( PDA ).

10. Medical Restaurant ( Taipei )


D.S Music Restaurant di Taipei, Taiwan adalah restoran dengansuasana media. Dekorasi ruangan seperti hospital, pelayanannya berpakaian seperti nurse, dan botol minumnya juga disalurkan dari kantung drip.

Posted by Pak Ma'on on 1:35 PM

Lima Gajet Yang Gagal

1. Blackberry Playbook . Jika Blackberry PlayBook adalah betul-betul sebuah buku atau novel, ia akan menjadi cerita yang menyedihkan pernah dikisahkan kepada manusia. Ia bermula dengan pilihan pelik apabila pembangun PlayBook diketepikan dalam pembangunan aplikasi untuk e-mel, hubungan atau contact dan kalendar dari tablet. Ia seakan memberitahu kita RIM sebagai syarikat pengeluar mungkin ditafsir sebagai "tablet profesional paling buruk dalam prestasi". Lebih menjengkelkan, aplikasi hiburan dan sosial popular rangkaian sosial dan hiburan seperti Facebook dan Angry Birds tiada ketika pelancarannya buat pertama kali. Lebih memburukkan lagi keadaan, RIM telah melambatkan kemaskini OS 2.0 untuk PlayBook, naik taraf perisian yang kritikal untuk survival tablet, sehinggalah Februari tahun ini. RIM juga kelihatan terpaksa mengurangkan harga PlayBook kepada $199 walaupun enam bulan sebelum itu, tablet tersebut dilancarkan dengan tag harga $499. Menurut Los Angeles Times, RIM memaklumkan pada awal Disember 2011 bahawa ia kehilangan $485 juta disebabkan oleh PlayBook yang tidak terjual.

2. Jawbone Up. Datang dari sebuah syarikat yang paling dikenali untuk pembuatan fon telinga (headset) bluetooth, Jambox yang popular, pelancaran bulan November lalu bagi gelang tangan pengesan kecergasan (fitness) Jawbone Up menunggu dengan jangkaan yang tinggi (kejayaan yang memberangsangkan). Sehingga ia dipasarkan sebagai alat yang dipakai di pergelangan tangan yang mengesan tabiat tidur, makan dan senaman pengguna mendapat maklum balas negatif dari kalangan penguji seperti Engadget yang menyifatkannya sebagai memalukan. Malah, ramai pengguna melaporkan peranti itu tidak berfungsi sehingga pada Disember, Jawbone memutuskan untuk memulangkan semula duit sesiapa yang tidak berpuas hati dengan produk itu. Pada masa itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jawbone memaklumkan syarikat tersebut menghentikan pengeluarannya yang bersifat sementara bagi mengesan beberapa kapasitor papan litar yang dikatakan menjadi punca masalah.

3. Motorola Xoom. Apabila ia dilancarkan pada Februari, tablet Motorola Xoom dikatakan cukup mantap sebagai pembunuh iPad, dan ramai orang mahu ia betul-betul direalisasikan (sebelum kedatangan Samsung Galaxy Tab). Peliknya, Motorola Xoom mempunyai ciri-ciri yang menarik ketika itu, Google Android 3.0 (Honeycomb) dan sambungan 4G LTE, Motorola berjaya untuk memasarkan kira-kira 100,000 Xoom pada suku ketiga 2011. Berapa banyak iPad yang dipasarkan dalam tempoh masa yang sama? 11 juta. Ulasan awal kebanyakannya tampak positif, tetapi terdapat beberapa sebab mengapa Xoom gagal untuk berkembang maju. Salah satunya ialah Honeycomb itu sendiri yang telah dilabelkan sebagai tidak stabil dan tidak lengkap. Harga juga menjadi penghalang: $800 tanpa kontrak (ehem).

4. Nintendo 3Ds. Sebaik saja Nintendo 3D Tanpa Cermin Mata berharga $250 iaitu konsol permainan mudah alih yang dilancarkan di seluruh dunia pada bulan Mac dan seterusnya mencatatkan jualan yang sangat suram. Syarikat akhirnya memahami ia berpunca dari harga yang tidak masuk akal serta pilihan terhad permainan 3D yang ditawarkan. Dalam usaha meningkatkan jualan, Nintendo mengumumkan pada Julai 2011 bahawa ia akan mengurangkan harga 3Ds kepada $170. Ia berjaya, tetapi Nintendo terpaksa membayar dengan pengorbanan yang besar untuk diskaun tersebut. Seakan sudah terlambat. Pada bulan Oktober 2011, pembuat permainan Jepun berkata ia mencatatkan kerugian tahunan yang pertama dalam tempoh tiga dekad.

5. Flip Cisco. Pada bulan April 2011, Cisco kelihatan membunuh kamera Flip yang meningkat naik, iaitu barisan perakam video mini yang disifatkan akhbar The New York Times sebagai "salah satu cerita kejayaan besar teknologi sejak dekad yang lalu". Langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan untuk menyusun semula syarikat dan termasuk membuang 550 orang kakitangan. Cisco telah membeli Pure Digital Technology Inc, iaitu pembuat asal kamera Flip, pada tahun 2009 dengan harga $590 juta. Walaupun sesetengah mencadangkan bahawa langkah itu adalah disebabkan persaingan yang mampu mengalahkan kamera telefon pintar yang terhad ketika membuat panggilan video (kekuatan Cisco). Flip sebenarnya meningkat daripada $4.5 juta pada 2009 kepada $5.7 juta pada tahun 2010 dari segi jualan, mengikut laporan dari Persatuan Elektronik Pengguna tapi peliknya Cisco tidak meneruskan Flip mereka. Walaupun Cisco tidak akan mendedahkan sebab penamatan, The New York Times melaporkan bahawa kamera Flip popular tidak pernah relevan bagi syarikat yang dikenali terutamanya untuk perkhidmatan rangkaian entepris.

Posted by Pak Ma'on on 9:21 AM