I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit....

artikel ini diambil dari sebuah akaun facebook Hamba Allah ni..



Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Posted by Pak Ma'on on 12:37 PM

video : wajah lelaki seakan bercahaya



apa komen anda ?

Posted by Pak Ma'on on 7:06 PM

kemalangan paling ngeri di Arab

berulang kali jugak menonton video ni, bukan pasal enjoy tengok, tapi hairan tengok masa kereta tu berpusing macam tu sekali.hmmm...apa komen anda ?


Posted by Pak Ma'on on 7:03 PM

Lagu Baru Dendanganku The Pangkren


The Pangkren, sebuah band baru yang muncul dengan single mereka yang sedang hit sdi stesen stesen radio. dengarkan Dendanganku.







Nama Band : The Pangkren
Bandar : Kuala Lumpur
Anggota : Hisham - one man band (vocal, background vocal, gitar, bass, keyboard, dram, sinth, kerincing e.t.c.)
Tahun Ditubuhkan : April 2011
Konsep Band : D.I.Y. Pop
Influence : 60's & 80's Pop
Label : Studio Kuda Belang (label saya sendiri )


Lagu : Dendanganku
Lirik : Hisham
Lagu : Hisham

Bersinar terang bintang-bintang
Gambar keindahan wajahmu
Seirama cinta 
Untuk kau dendanganku

Dan bukanhanya kata-kata
Seisi maya bandingannya
Untuk kulukiskan 
Seikhlasnya cintaku 

c/o :

Masih terdengar lagi
Melodi rindumu sayukan malamku
Masih ku terasa
Hangatnya sentuhanmu 

Posted by Pak Ma'on on 2:32 PM

Drama Spontan Yang Menakutkan

Posted by Pak Ma'on on 3:23 PM

ANEH !! Kucing melahirkan dan menyusukan tikus !!

Aneh memang aneh..seekor kucing di Sabah melahirkan anak tikus. Tonton video video di bawah ini untuk memahami kejadian aneh ini.

Kurang Motivasi


Posted by Pak Ma'on on 7:25 PM

Ebby Yus enggan tegur sikap biadap pelawak muda


Ebby Yus enggan tegur sikap biadap pelawak muda


Pelawak yang sudah berpengalaman luas dalam bidang hiburan, Ebby Yus berasa terkilan dengan sikap biadap segelitir artis muda tetapi mengambil pendekatan untuk tidak menegur mereka. Baginya,  dia tidak mahu menegur sikap negatif tersebut kerana golongan itu sudah dewasa dan boleh berfikir sendiri mengenai tindak-tanduk mereka.
p/s : Siapa lah yang biadap tu agak agak ek? baca di dalam untuk lebih berita lanjut


Posted by Pak Ma'on on 3:04 PM

Saya Tak Takut Neelofa Nak Saman – Tasha Shila


Tasha Shila, Gambar Seksi Tasha Shila, Twitter Tasha Shila, Neelofa, Neelofa vs Anzalna Nasir, Tasha Shila Saman Neelofa, Kontroversi Tasha Shila, Terbaru Tasha Shila, Tasha Shila Seksi
Isu ini makin berlarutan dimana tiba – tiba sahaja nama Tasha Shila turut menjadi sebutan. Sebelum ini Tasha Shila ada membuat kenyataan mengenai kekecewaannya terhadap Neelofa yang mempertikai kemenangannya sebagai Artis Baru Wanita Popular di ABPBH 2011.
Memetik laporan Sinar Harian hari ini, Tasha Shila enggan mencampuri isu tersebut dan harus bertanggungjawab atas sebab kenyataan yang dikeluarkan oleh Anzalna Nasir.
“Saya tidak tahu yang Anzalna jadikan saya sebagai punca untuk dia luahkan perasaan dia. Bagi saya, siapa yang pernah melalui perkara serupa akan faham dengan perasaan saya,” katanya.
Tasha Shila berkata lagi, dia juga bersedia, jika Neelofa turut mahu menyamannya dan beliau juga akan bertindak andai perlu.
“Saya tak takut jika dia (Neelofa) juga mahu menyaman sama dan saya bersedia jika dia berbuat demikian,” katanya lagi.

Posted by Pak Ma'on on 3:01 PM

Irma Hasmie Bakal Melangsungkan Perkahwinan pada 1 Julai 2012




Irma Hasmie Bakal Melangsungkan Perkahwinan pada 1 Julai 2012, Irma sebelum ini telah melangsungkan pertunangannya pada 27 Mac 2012, bakal bernikah pada 29 Jun 2012.


Pelakon sebelum ini pernah dikaitkan dengan Nabil pada ketika dahulu dan telah menukar penampilannya selepas tiada jodoh dengan bekas kekasihnya kini telah ditemukan jodoh bersama jejaka pilihan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan berumur 31 tahun.



Kad undangan ke majlis persandingan sudah pun diedarkan. Majlis pernikahan mereka bakal diadakan pada 29 Jun di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3.00 petang dan resepsi akan diadakan di MAEPS, Serdang hari yang  sama pada jam 8.00 malam.

Aktiviti terkini Irma masih berada di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah dan dijangka pulang ke tanah air pada 20 Jun 2012.  Pengacara dan juga pelakon TV popular ini berkata aktiviti seninya ketika ini diberhentikan sementara waktu untuk memberi laluan beliau mengerjakan umrah dan membuat persiapan terakhir perkahwinan

Posted by Pak Ma'on on 3:00 PM

rumput aneh yang beralun kalau dipijak

Posted by Pak Ma'on on 2:07 PM

Kontroversi Pengadil Bola Singapura vs Malaysia - 8 June 2012

Posted by Pak Ma'on on 11:33 PM

Bapa terjun kereta selamatkan anak

Kejadian ini berlaku di China, seorang lelaki terjun dari kereta untuk menyelamatkan anak perempuannya yang terjatuh. Polis di Wenzhou di wilayah Zhejing berkata gadis 4 tahun itu telah membuka pintu secara tidak sengaja semasa memanjat dari belakang untuk ke depan kereta. Bagaimanapun gadis itu selamat


Posted by Pak Ma'on on 9:46 PM

Shah Rukh Khan diharam ke stadium seumur hidup


bodoh


Posted by Pak Ma'on on 2:22 PM

Gambar Misteri Terdapat Pada CD Windows Vista


Gambar Misteri Terdapat Pada CD Windows Vista | Pernahkah anda membeli CD Windows Vista yang original? Jika ya, tahukah anda bahawa terdapat suatu gambar misteri yang tidak semua orang tahu pada bahagian luaran CD tersebut. Mungkin kita jarang dengar, sebab tidak ramai pengguna komputer yang menggunakansistem Windows Original. Cuba lihat CD Windows Vista milik anda, apakah imej yang anda dapat lihat? Atau adakah anda akan berjumpa dengan gambar misteri yang terdapat pada CDWindows Vista tersebut? Jom kita sama-sama lihat.
P/s : - Sebenarnya tidak ramai yang perasan tentang gambar tersebut. Maka jelalah bahawa gambar tersebut merupakan suatu bentuk gambat trademark yang kebiasaanya ada pada setiap produk. Sebagai contoh Mykad, jika dimbas menggunakan ultra ungu, terdapat satu imej yang merupakan gambar pemilik Mykad tersebut.

Posted by Pak Ma'on on 10:12 AM

lawak kereta berjalan sendiri

Posted by Pak Ma'on on 9:44 PM

kucing selamatkan kanak-kanak

kucing menyelamatkan budak daripada dipukul oleh ibunya



Posted by Pak Ma'on on 8:54 AM

Isu kes ibu dera bayi : Wanita kesal niat bongkar bayi didera ibu disalah erti

Ibu Dera Bayi 2

Niat untuk membongkar kejadian bayi didera oleh ibu kandung sendiri selama hampir tiga bulan menjadi episod malang apabila ia disalah erti oleh sesetengah pihak yang menganggap perakam video itu tidak berhati perut.
    
Perakam video itu dan merupakan saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Shima, 32, berkata beliau menerima pelbagai tohmahan selepas video itu tersebar di media sosial.
    
"Bukan sengaja saya ingin merakamkan kejadian itu tetapi kerana inginkan bukti untuk diberikan kepada pihak polis bagi memastikan ibu kandung bayi yang berusia 10 bulan (ketika video dirakam) itu menerima hukuman selepas berbulan-bulan dia mendera bayinya, jadi saya terpaksa.
    
"Untuk mereka yang tidak tahu perkara sebenar, janganlah menuduh membuta tuli dan mengatakan saya bersekongkol, siasat dahulu supaya tahu apa yang berlaku tetapi bila ini yang saya terima saya kesal dan sedih," katanya kepada Bernama sambil mengesat linangan air matanya.
    
Beliau berkata pada malam kejadian video itu direkodkan sekitar Mei tahun lepas, ibu bayi berkenaan yang berusia 20 tahun bertindak agresif dengan memukul anaknya selepas dia dinasihat agar menghentikan penderaan terhadap anaknya serta menghalang wanita itu daripada berjumpa teman lelakinya.
    
"Mungkin marahkan saya kerana membebel, wanita itu terus mencapai anaknya yang berada di ruang tamu ketika itu dan meluru masuk ke dalam bilik.
    
"Wanita itu kemudiannya bertindak untuk mengunci pintu tetapi saya halang sehingga saya sendiri dikasari dan rambut saya ditarik dan diseret keluar dari bilik," katanya.
    
Beliau berkata selepas bergelut dengan wanita itu, dia akhirnya berjaya untuk berada di dalam bilik berkenaan dan kesempatan itu digunakannya untuk merakamkan tindakan agresif ibu bayi berkenaan.
    
Shima berkata wanita itu merupakan anak kepada jirannya ketika dia menetap di Damansara Damai.
    
"Saya kenal dia sebab saya berkawan baik dengan ibu angkatnya ketika saya menetap di Damansara Damai dan apabila ibu angkatnya meninggal, wanita ini membuat keputusan untuk tinggal bersama saya pada Mac tahun lepas," katanya.
    
Beliau berkata sepanjang wanita itu tinggal bersamanya, emosi wanita itu kerap kali berubah-ubah dan boleh dikatakan agak sosial.
    
"Saya tidak kisah dia tinggal dengan saya, tetapi dia sosial dan bila keluar rumah keesokan harinya baru balik, bila bergaduh dengan teman lelakinya anak yang akan dijadikan sasaran.
    
"Saya pernah bertanya kepada wanita itu bahawa dia menganggap anaknya sebagai apa dan katanya anaknya itu hanyalah tempat untuknya melepaskan geram," katanya.
    
Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatannya itu.
    
Kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.
    
Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu.

- Bernama

Posted by Pak Ma'on on 11:56 AM

Loji Petronas Kerteh, Kemaman Meletup, Seorang Maut


Loji Petronas Kerteh, Kemaman Meletup, Seorang Maut



KEMAMAN: Seorang pekerja syarikat kontraktor terbunuh manakala sembilan yang lain cedera dalam letupan di sebuah loji pengeluaran gas di GPP3 dekat Kerteh, Kemaman, Terengganu petang tadi.
Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman dan Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ini ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan di loji tersebut. Kesemua mangsa merupakan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE.
Bagaimanapun, menurut sumber itu, kebakaran berjaya dikawal dan api dapat dipadamkan kira-kira pukul 3.20 petang

Posted by Pak Ma'on on 10:30 PM

pemain gitar bass paling seksi

permainan yang sangat mengasyikkan


Posted by Pak Ma'on on 11:50 PM

ibu dera anak (Ira) sudah pun dipenjarakan



Wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatannya itu.

Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.

Wanita itu kini menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu.

Posted by Pak Ma'on on 10:45 PM

ibu dera anak sendiri

ibu sanggup dera anak yang masih kecil...manusia zaman sekarang..


Posted by Pak Ma'on on 10:42 PM

kemalangan-kemalangan di dalam terowong

Posted by Pak Ma'on on 7:28 PM

video : seekor singa cuba memakan seorang bayi di zoo

Posted by Pak Ma'on on 2:30 PM

video : berenang cara baru

Posted by Pak Ma'on on 5:18 PM

video : gambar kesilapan harian metro yang paling memalukan

angin kencing..habis pembaca harian metro kena kencing he he

klik untuk besarkan gambar


Gambar kesilapan Harian Metro yang paling memalukan. Mugkin sesuatu yang pelik dan menghairankan jika anda tidak mengenali akhbar Harian Metro iaitu akhbar nombor satu pilihan pembaca di Malaysia.

Harian Metro sejak dahulu lagi telah menjadi pilihan pembaca rakyat di Malaysia. Namun, baru-baru ini akhbar nombor satu pilihan pembaca di Malaysia ini mendapat malu apabila satu artikel di bahagian “setempat” mempunyai kesilapan ejaan.

Sepatutnya ejaan “angin kencang” tetapi kesilapan ejaan itu menjadi “angin kencing”. Sepatutnya kesilapan ini tidak berlaku kerana akhbar Harian Metro merupakan akhbar pilihan nombor satu pembaca di Malaysia.

Sebagai editor akhbar Harian Metro seharusnya menitikberatkan mengenai ejaan yang ditulis di dalam akhbar itu dan “typing error” dapat dielakkan.

Posted by Pak Ma'on on 12:01 PM

video : lelaki makan batu bata

kebuluran dan kekurangan makanan memang membawa kesan

Posted by Pak Ma'on on 10:39 AM

video : lelaki bersuara aneh

Posted by Pak Ma'on on 10:35 AM

video : lelaki lidah bercabang

Posted by Pak Ma'on on 10:33 AM

video : buat pembedahan tanam tengkorak tambahan

Posted by Pak Ma'on on 10:29 AM

Banduan Acheh dilepaskan sementara ketika gegaran gempa bumi dan ancaman tsunami semalam.

Man behind bars


 BANDA ACEH 13 April - Pihak berkuasa Indonesia semalam memburu 32 banduan yang dilepaskan sementara waktu semasa amaran tsunami dikeluarkan selepas bandar ini dilanda gempa bumi kuat.

Ketua polis daerah Pidie, Dumadi berkata, seramai 63 banduan dilepaskan ekoran bimbang dengan ancaman ombak tsunami selepas gempa sekuat 8.6 skala Richter menggegarkan bandar Aceh kelmarin.

"Tidak semua banduan pulang semula ke penjara ini sejak kelmarin dan kami masih memburu 32 banduan lagi," katanya. – AFP

p/s : konfem tak balik punya lah depa tu ye tak..

Posted by Pak Ma'on on 4:00 PM

video : budak 3 tahun tembak bapanya sendiri

yang pegi bagi anak pegang tu apa lah jadahnya...


Posted by Pak Ma'on on 3:31 PM

video : santai , jom dengar lagu p ramlee versi lain pulak

Posted by Pak Ma'on on 11:54 AM

video : lawak, tentera negara mana ni?

ha ha ha


Posted by Pak Ma'on on 11:03 AM

video : orang ini memberi 1000 lipas kepada teman wanita yang menipu beliau

errr..


Posted by Pak Ma'on on 11:00 AM

video : magic ini dah tak boleh dijelaskan menggunakan sains

amacam ..?


Posted by Pak Ma'on on 11:42 AM

video : Mengapa tidak boleh guna telefon bimbit di stesen minyak



komen, dan like post ini ye

Posted by Pak Ma'on on 10:24 AM

video : tiger show yang mendebarkan

pelik dan pelik

Posted by Pak Ma'on on 12:17 PM

video : lelaki bergurau senda bersama singa dan harimau

bukan setiap hari kita dapat lihat kejadian macam ni..

Posted by Pak Ma'on on 12:01 PM

video : makhluk apa ni ?

katak kan ?

Posted by Pak Ma'on on 11:40 AM

video : ( ngeri ! ) tokey salun ditembak akibat cemburu

kejadian berlaku di Belo Horizonte , Brazil. Mary Islaine, seorang pengusaha salun  diserang oleh suaminya Fabio, dan terbunuh di tempat kejadian setelah terkena 7 das tembakan di dada dan kepala. Motif pembunuhan adalah cemburu.


Posted by Pak Ma'on on 5:04 PM

video : ngeri !! dua perogol dihukum tembak

AMARAN : BUKAN UNTUK TONTONAN MEREKA YANG LEMAH SEMANGAT, KERANA PAPARAN VIDEO INI MENGANDUNGI UNSUR YANG "MENGGANGGU"


video dirakamkan di Guatemala. dua perogol menemui ajal di muncung senapang skuad penembak.


Posted by Pak Ma'on on 10:40 AM

video : kucing urut anjing

best nya kalau kucing kit pandai masaj macam ni ye


Posted by Pak Ma'on on 4:42 PM

video : ngeri ! penyeludup dadah dihukum pancung

AMARAN : BUKAN UNTUK TONTONAN MEREKA YANG LEMAH SEMANGAT, KERANA PAPARAN VIDEO INI MENGANDUNGI UNSUR YANG "MENGGANGGU"






harap tinggalkan komen terima kasih

Posted by Pak Ma'on on 10:11 AM

sukan-sukan aneh yang menghibur-kan

lain orang, lain kesukaan-nya




jangan lupa like dan komen ye

Posted by Pak Ma'on on 4:26 PM

video : peragut kantoi dibelasah orang ramai

padah meragut



jangan lupa like and komen ye

Posted by Pak Ma'on on 10:27 AM

video : cubaan bunuh diri yang gagal

setelah menonton berkali kali, kami masih gagal memahami bagaimana perempuan itu masih hidup setelah apa yang dia cuba lakukan


Posted by Pak Ma'on on 10:20 PM

sniper tembak hancur muka penjenayah

jenayah membawa padah

Posted by Pak Ma'on on 9:43 PM

video : budak lelaki 9 tahun cuba merogol gadis berusia 20 tahun

ini lah bahana pornografi yang meracuni minda masyarakat

Posted by Pak Ma'on on 9:31 PM

video : kepala penculik ditembak sniper

drama penculikan yang berakhir dengan tragedi

Posted by Pak Ma'on on 9:06 PM

lelaki mata satu menembak kepalanya sendiri

tidak pasti apakah motif kejadian ini






Posted by Pak Ma'on on 8:46 PM

video : terlepas dari maut

tonton lah video-video beberapa lelaki yang hampir saja mati, tapi itulah apa yang dipanggil berpantang maut sebelum ajal..

Posted by Pak Ma'on on 5:17 PM

gadis mati akibat gurauan melampau

nak buat lawak biar berpada-pada..jangan sampai menyusahkan kawan-kawan

Posted by Pak Ma'on on 11:52 AM

video buaya mati ditewaskan belut elektrik di amazon

kalau buaya boleh mati, kena kat kita jadi apa agaknya he he

Posted by Pak Ma'on on 2:35 AM

Kalau lambat satu saat, matilah pegawai polis tu

macam macam hal dalam donia...

Posted by Pak Ma'on on 2:25 AM

kisah kebetulan yang menarik

 Kebetulan 1

Pada tahun 1973, pelakon terkenal Anthony Hopkins dipilih untuk membintangi filem yang diadaptasi daripada novel George Feifer iaitu The Girl From Petrovka.
terkenal dengan watak-watak pembunuh bersiri
Bagi memudahkannya menjiwai watak, Hopkins mencari novel tersebut di toko-toko buku sepanjang Charing Cross Road, London, tetapi gagal menemuinya.
Setelah kecewa dan letih kerana berjalan berjam-jam lamanya, aktor tersebut pergi ke stesen kereta api bawah tanah di Leicester untuk pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya Hopkins, bila melihat novel tersebut ada di atas kerusi stesen kereta api!
Dalam satu pertemuan antara Hopkins dan Feifer tidak lama kemudian, penulis tersebut memberitahu dia sendiri tidak memiliki walau senaskah novel yang ditulisnya itu.
Kata Feifer, naskah terakhir novelnya telah dipinjamkan kepada seorang kawan yang tinggal di kota London, malangnya telah dicuri semasa ditinggalkan dalam kereta.
Hopkins menunjukkan novel yang dijumpainya di stesen kereta api bawah tanah, yang kebetulan turut dibawa dalam pertemuan itu.
"Hey! Inilah novel saya yang hilang tu!" jerit Feifer sambil menunjukkan nota-nota yang ditulisnya pada ruang kosong di setiap halaman novel berkenaan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

 Kebetulan 2
Pada tahun 1883, seorang lelaki bernama Henry Ziegland telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana menganggap wanita itu membawa sial dalam hidupnya.
Akibat kecewa dengan keputusan Henry Ziegland, kekasihnya telah membunuh diri. Kejadian itu menimbulkan kemarahan abang bekas kekasihnya lalu mengejar Ziegland dan menembaknya.
Peluru itu tepat mengenai bahagian pipi Ziegland dan dia jatuh terjelopok. Abang bekas kekasihnya yang menyangka Ziegland sudah mati, Bertindak menembak dirinya sendiri kerana takut.
Tetapi Ziegland sebenarnya belum mati. Peluru tersebut hanya menggores wajahnya dan peluru itu melekat di sebatang pokok. Ziegland yakin bahawa dia lelaki yang beruntung.
Beberapa tahun kemudian, Ziegland memutuskan untuk menebang pokok tersebut yang mana peluru yang mengenainya dahulu masih melekat di dalamnya. Tugas itu nampaknya sukar sehingga Ziegland memutuskan untuk menghancurkan pokok tersebut menggunakan bahan letupan.
Setelah dilekatkan bahan letupan sekitar pokok, Ziegland meletupkannya. Ketika meletup, ledakan tersebut telah melontarkan peluru yang tertanam di pokok tersebut tepat ke kepala Ziegland dan membunuhnya.

 ------------------------------------------------------------------------------------------------

  Kebetulan 3

gua kaya beb ha ha

Pada tahun 1858, seorang lelaki bernama Robert Fallon telah ditembak mati oleh kawan-kawannya ketika bermain poker.
Mereka menembak Fallon kerana mendakwa lelaki itu menang sebanyak 600 pound pada hari itu dengan cara menipu. Setelah Fallon mati, tiada seorang pun kawannya yang sanggup mengambil duit kemenangan Fallon. Bagi mereka duit tersebut sial.
Kemudian seorang lelaki muda sanggup menggantikan tempat Fallon dan mereka memberikan duit kemenangan Fallon kepadanya untuk depertaruhkan.
Tidak lama kemudian pihak polis tiba di tempat kejadian untuk menyiasat pembunuhan tersebut.
Pada masa yang sama lelaki yang telah menggantikan tempat Fallon itu telah menang sebanyak 2,200 pound.
Pihak polis kemudiannya meminta lelaki tadi menyerahkan wang sebanyak 600 pound yang dimenangi Fallon, kepada keturunannya. Menakjubkan, setelah disiasat rupa-rupanya lelaki tadi sebenarnya adalah anak kandung Fallon. Mereka telah berpisah selama tujuh tahun dan saling tidak mengenali!
Kisah menarik ini telah dicatatkan dalam Ripley's Giant Book of Believe It or Not.

Posted by Pak Ma'on on 8:24 PM

Jadual Gaji Minimum Dan Maksimum SSM April 2012

Assalamualaikum, khas buat kakitangan kerajaan, di bawah ini adalah jadual pergerakan gaji minimum dan maksimum. Sila rujuk ke laman web JPA untuk maklumat lanjut terima kasih.

klik gambar untuk besarkan


Posted by Pak Ma'on on 9:17 AM

Video Polis Trafik Dilanggar Bas Di Johor Bharu

Kerjaya sebagai anggota polis memang mencabar, malah, kalau silap percaturan, nyawa melayang. Di bawah ini adalah video seorang anggota polis yang terkorban semasa menjalankan tugas. Al fatihah untuk Allahyarham




p/s : berhati - hati di jalanraya

Posted by Pak Ma'on on 2:29 PM

Antara Filem Pendek Seram terbaik di Youtube

hi hi hi..aku lah yang di panggil...mak lampir...hi hi hi


beberapa filem filem pendek di bawah adalah pilihan terbaik blog ini dalam kategori seram..hanya sekadar hiburan dan tidak ada niat nak menakutkan sesiapa..selamat menonton






amacam...ok tak..nanti tinggalkan komen ye

Posted by Pak Ma'on on 11:25 AM

Kebetulan Yang Aneh Tentang Dua Bekas Presiden Amerika Ini

Sedikit fakta secara kebetulan tentang mereka.

dua presiden yang memperjuangkan kemanusiaan...amerika mana suka dowh..

Abraham Lincoln dipilih ke Congress pada 1846. 
John F. Kennedy dipilih ke Congress pada 1946. 

Abraham Lincoln dilantik sebagai presiden pada 1860. 
John F. Kennedy dilantik sebagai presiden pada 1960. 

Kedua-duanya memperjuangkan hak asasi manusia.
Kedua-dua isteri mereka kehilangan anak ketika tinggal di 
White House.

Kedua-duanya ditembak mati pada hari Jumaat.
Kedua-duanya ditembak mati dibahagian kepala.


Ini pula fakta yg pelik:

Nama setiausaha Lincoln ialah KENNEDY.
Nama setiausaha Kennedy ialah LINCOLN.

Kedua-duanya dibunuh oleh orang yg berasal dari selatan Amerika (Southerners).
Kedua-duanya digantikan oleh 'Southerners' yg bernama Johnson.

Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln, lahir pada 1808. 
Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy, lahir pada 1908.



John Wilkes Booth, yang membunuh Lincoln , lahir pada 1839. 
Lee Harvey Oswald, yang membunuh Kennedy, lahir pada 1939. 
dua-dua ni kambing hitam je kot

Kedua-dua pembunuh dikenali dgn panggilan 3 kata nama mereka. 
Kedua-dua pembunuh mempunyai bilangan name sebanyak 15 huruf. 


Fakta Kejadian:

Lincoln ditembak disebuah teater yang bernama 'Ford.' 
Kennedy ditembak didalam kereta model ' Lincoln ' yang buat dari pengeluar kereta 'Ford.' 

Lincoln ditembak didalam teater wayang dan pembunuhnya melarikan diri serta bersembunyi di gudang.
Kennedy ditembak dari arah gudang dan pembunuhnya melarikan diri dan bersembunyi di teater wayang.

Booth dan Oswald telah dibunuh sebelum perbicaraan.

Ini pula fakta lain:

Seminggu sebelum Lincoln dibunuh, dia berada di Monroe, Maryland. 
Seminggu sebelum Kennedy dibunuh, dia bersama Marilyn Monroe.


Marilyn Monroe

Posted by Pak Ma'on on 1:35 AM

Upacara Kematian Yang Aneh Dari Serata Dunia

Setiap yang benyawa pasti akan merasai mati.



Dalam kebanyakan budaya di dunia, kematian adalah sesuatu yang suci sehingga diperlukan sebuah upacara khusus untuk menghormati atau mengenang mereka yang mati. Namun, percayakah anda bahawa ada beberapa budaya membuang mayat, berdansa dengan mayat hingga yang paling mengerikan adalah ritual memakan mayat, jom kita baca:

10. Pengkebumian Dengan Penari Bogel

persembahan tiger show sebelum dikebumikan


Di wilayah Donghai China, pengkebumian sebenarnya adakah simbol status. Reputasi orang mati dan kehormatan dianggap sangat perlu diberi perhatian. Jadi, keluarga menyewa penari bogel untuk menarik orang ramai datang menyaksikan pengkebumian. Kerajaan China telah membanteras upacara ini setelah mendapat liputan meluas media.

9. Berjoget Dengan Orang Mati
habis mayat tu diajak buat breakdance...
Percaya atau tidak, orang Malagasi di Madagaskar mengeluarkan mayat dari kubur dan melakukan perayaan bersama mereka. Ritual yang disebut Famadihana ini meyakini semangat si mati akan bergabung dengan nenek moyang mereka setelah tubuhnya membusuk. Perayaan yang diiringi dengan tarian-tarian bersama mayat ini diadakan sekali setiap tujuh tahun dan merupakan waktu keluarga berkumpul untuk bersukaria.

8. Pengkebumian Langit

Hari ini kita dapat makan besar yeah..
Yang ni takdak kena mengena dengan Ayah Pin dan kerajaan langitnya. Iklim panas Tibet dan tanah berbatu-batu membuatkan pengkebumian di sana menjadi sukar. Jadi, warga Buddha di Tibet mengamalkan 'pengkebumian langit' di mana tubuh akan dicincang, dicampur dengan tepung dan diatur sedemikian rupa agar dimakan oleh burung-burung pemakan bangkai. Mereka percaya bahwa tubuh hanyalah sebuah kapal untuk jiwa dan harus kembali ke alam.

7. Pengkebumian Tana Toraja

Pengkebumian di wilayah Tana Toraja Indonesia adalah sebuah ritual agung bagi masyarakat di sana. Upacara pengkebumian diiringi muzik, tari-tarian dan pesta untuk sejumlah tamu. Pada masyarakat setempat, kematian di sini adalah sebuah kesempatan mewah dengan harga yang mahal. Jadi, keluarga si mati diberikan penangguhan, mereka tidak perlu menguburkan tubuh mayat dengan segera. Mereka hanya dapat membungkusnya dan menyimpannya di dalam rumah mereka, sementara mereka menabung untuk membiayai kos pengkebumian. Tabungan mungkin mengambil masa waktu berminggu-minggu, bulan atau bahkan bertahun-tahun. Sementara waktu itu, mayat diperlakukan seperti orang sakit .

Nampak macam nak berdemo, tapi sebenarnya pesta kematian

Sebuah pengkebumian yang sebenarnya terjadi ketika keluarga melakukan upacara kematian dan keranda ditempatkan di kuburan berupa gua atau tergantung di tebing.

6. Kematian orang kaya-kaya

Orang-orang sekarang dapat 'memakai' orang yang mereka cintai di jari-jari mereka.
Karbon mayat yang digilap menjadi batu cincin
Sebuah perusahaan Amerika yaitu LifeGem menawarkan kesempatan bagi mereka yang mati dan dicintai menjadi sebuah berlian sintetik. Proses ini dimulai dengan menyedut karbon dari tubuh pada saat dibakar dari simati. Karbon dari tubuh mayat ini kemudian diubah menjadi grafit seterusnya menjalani sebuah proses dengan suhu dan tekanan sangat tinggi untuk mendapatkan kristal berkilau seperti berlian. Harganya sekitar $ 3500 dan boleh menecah $ 20,000 bergantung pada ukuran karat.

5. Keranda Fantasi

ni bukan tuna gergasi tapi keranda
Jika Elvis meninggal di Teshi (Ghana), maka dia akan dikuburkan dalam sebuah keranda berbentuk gitar. Warga pinggiran Accran ini mempunyai kebiasaan menguburkan mereka yang mati dalam keranda fantasi. Keranda ini mengambarkan pekerjaan dan minat si mati ketika masih hidup. Replika raksasa botol coke, buah-buahan atau 'gadget' lain akan ditampilkan di ruang pamer keranda.

4. Endocannibalisme

Mungkin ini ritual kematian terburuk yang pernah wujud. Endocannibalisme adalah amalan di mana orang memakan tubuh mayat. Idea di balik kebiasaan mengerikan ini adalah kepercayaan bahawa dengan memakan tubuh si mati maka sekaligus akan 'menghisap' sifat-sifat si mati untuk asimilasi roh.



Beberapa suku di Amerika Selatan dan Australia dikatakan telah mempraktikkan ritual menyeramkan ini. Tapi banyak tokoh-tokoh akademi merasakan endocannibalisme adalah tuduhan palsu dilemparkan oleh kolonial pada masa awal untuk mendapatkan alasan dominasi politik. Menurut ahli antropologi Napoleon Changon, komuniti Yanomamo di Amerika Selatan masih makan abu dan sisa tulang orang yang mati setelah di bakari.

3. Mumifikasi Diri Sendiri

Hal ini membuat ritual menjelang kematian kedengaran lawak (atau bodoh?). Beberapa sami Budha yang dipanggilt Sokushinbutsu di Jepun tidak hanya melakukan bunuh diri, mereka juga melakukannya dengan cara yang dipercayai menyebabkan mereka menjadi mumia. Proses ini dimulakan dengan diet kacang dan buah-buahan dikombinasikan dengan amalan fizikal yang ketat. Penghapusan lemak tubuh tercapai dengan langkah pertama. Langkah kedua melibatkan kehilangan cairan tubuh dan meracuni tubuh mereka untuk mencegah serangan ulat dan cacing. Ini dicapai dengan menminum kulit, akar dan teh beracun selama seribu hari.
dah mati, dia jadi macam ni laa
Pada tahap terakhir, sami itu akan memasuki sebuah makam batu, duduk dalam posisi bersila dan menunggu kematian. Dia akan membunyikan loceng setiap hari untuk membiarkan sesama sami diluar tahu bahawa dia masih hidup. Dan kemudian ketika loceng tidak lagi berbunyi, para sami yang lain akan mengunci makam, menunggu 1000 hari lagi sebelum membukanya untuk mengesahkan sami tadi samada sudah jadi mumia atau belum.

2. Puasa Untuk Kematian

Vimla Devi, seorang wanita India melawan kanser, meninggal pada 2006. Penyebab kematian itu bukan kanser tapi puasa selama 13 hari yang disebut santhara.



Ini kematian sukarela dengan puasa yang dipraktikkan oleh Jain, sebuah masyarakat yang percaya kepada anti kekerasan terhadap semua makhluk. Santhara biasanya dimulakan setelah orang memutuskan bahawa tujuan hidupnya sudah tercapai dan bersedia untuk pemurnian spiritual. Ianya sering dianggap sebagai bentuk bunuh diri atau euthanasia. .

1. Exposure

Zoroastrianisme percaya bahwaa setelah kematian, tubuh hanya akan menambah pencemaran kepada alam sekitar. Pembakaran mayat atau pengkebumian tidak dilakukan karena mereka beranggapan perbuatan itu akan mencemari unsur-unsur suci seperti api dan bumi. Jadi, mereka melakukan sebuah ritual yang disebut eksposure orang mati. Tubuh si mati disimpan di menara yang disebut Tower of Silence dan dibiarkan dimakan oleh burung nasar.


Amalan ini sekarang masih dilakukan di sebahagian benua India. Kekurangan populasi burung hereng pemakan bangkai di India telah menyebabkan proses ini menjadi mengerikan. Beberapa Foto terakhir, menunjukkan tompokan mayat semakin membusuk di atas Tower di Mumbai (India), dan membangkitkan kontroversi dalam masyarakat.

Posted by Pak Ma'on on 10:52 PM