Loji Petronas Kerteh, Kemaman Meletup, Seorang Maut


Loji Petronas Kerteh, Kemaman Meletup, Seorang Maut



KEMAMAN: Seorang pekerja syarikat kontraktor terbunuh manakala sembilan yang lain cedera dalam letupan di sebuah loji pengeluaran gas di GPP3 dekat Kerteh, Kemaman, Terengganu petang tadi.
Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman dan Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ini ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan di loji tersebut. Kesemua mangsa merupakan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE.
Bagaimanapun, menurut sumber itu, kebakaran berjaya dikawal dan api dapat dipadamkan kira-kira pukul 3.20 petang

Posted by Pak Ma'on on 10:30 PM