Saya Tak Takut Neelofa Nak Saman – Tasha Shila


Tasha Shila, Gambar Seksi Tasha Shila, Twitter Tasha Shila, Neelofa, Neelofa vs Anzalna Nasir, Tasha Shila Saman Neelofa, Kontroversi Tasha Shila, Terbaru Tasha Shila, Tasha Shila Seksi
Isu ini makin berlarutan dimana tiba – tiba sahaja nama Tasha Shila turut menjadi sebutan. Sebelum ini Tasha Shila ada membuat kenyataan mengenai kekecewaannya terhadap Neelofa yang mempertikai kemenangannya sebagai Artis Baru Wanita Popular di ABPBH 2011.
Memetik laporan Sinar Harian hari ini, Tasha Shila enggan mencampuri isu tersebut dan harus bertanggungjawab atas sebab kenyataan yang dikeluarkan oleh Anzalna Nasir.
“Saya tidak tahu yang Anzalna jadikan saya sebagai punca untuk dia luahkan perasaan dia. Bagi saya, siapa yang pernah melalui perkara serupa akan faham dengan perasaan saya,” katanya.
Tasha Shila berkata lagi, dia juga bersedia, jika Neelofa turut mahu menyamannya dan beliau juga akan bertindak andai perlu.
“Saya tak takut jika dia (Neelofa) juga mahu menyaman sama dan saya bersedia jika dia berbuat demikian,” katanya lagi.

Posted by Pak Ma'on on 3:01 PM