SILA JANGAN GUNA PERKATAAN "SEMBAHYANG" LAGI
Dewasa ini hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada
menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."
Professor
Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
"Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."
Dua
pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke
Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr
Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada
"menyembah dewa yang bernama Hyang."
Orang Buddha pergi ke
Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja
menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana
memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam,
Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang",
yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah
dewa bernama Hyang."
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu
mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!.
pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh."
Solat lebih tepat istilahnya
Mungkin sebahagian daripada kita,
akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu
penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan
memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil
perhatian akan hal seperti ini.
SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!
SO...GUNAKAN LAH PERKATAAN 'SOLAT' .....
p/s: credit to buaya merah for the info ( http://www.buaya-merah.blogspot.com/ ) & http://malaynewgen.blogspot.com/2010/09/sembahyang-sembah-dewa-hyang.html
rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Hyang