12 Fakta Menarik

 http://jillschneiderman.files.wordpress.com/2010/09/planet_earth.jpg
1. Populasi atau jumlah penduduk dunia telah meningkat sebanyak lebih 90 ribu orang setiap tahun. Ini bermakna, terdapat tiga orang bayi baru lahir dalam setiap satu saat. Jika anda kira dari satu hingga sepuluh, anda sudah dapat cukup orang untuk dimuatkan dalam satu bilik darjah.

2. Seorang dari setiap 1461 orang dilahirkan pada 29hb Februari, tahun lompat.

3. Anda tidak mungkin dapat menjilat siku lengan anda sendiri. 


4. Cahaya matahari yang berwarna putih sebenarnya ialah gabungan tujuh warna. Warna-warna itu ialah warna pelangi iaitu Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo (sejenis warna biru gelap seperti tulisan 'Tahukah Anda?! di atas') dan ungu. Warna-warna ini diserakkan, atau dipisahkan, apabila cahaya putih matahari melalui sesuatu medium (benda) yang membias cahaya, seperti kaca, prisma, atmosfera dan lain-lain.

5. Apakah sebenarnya warna langit? Langit sebenarnya berwarna hitam. Warna biru yang anda lihat pada waktu siang dan kuning pada waktu senja sebenarnya kesan serakan cahaya matahari oleh lapisan udara atau atmosfera - iaitu cahaya matahari menyerakkan lebih banyak cahaya biru pada waktu siang dan warna kuning pada waktu petang. Waktu malam pula langit berwarna hitam kerana tiada sumber cahaya matahari untuk diserakkan.

6. Mengapa setiap benda berlainan warna? Ini kerana setiap benda hanya memantul cahaya tertentu sahaja. Misalnya, di suatu tempat cerah, anda nampak kereta mainan anda berwarna merah kerana kereta mainan anda yang menerima cahaya matahari menyerap kesemua warna kecuali warna merah. Warna merah ini dipantul ke mata anda dan sebab itulah warna kereta mainan anda berwarna merah. Anda tidak nampak kereta mainan di tempat gelap kerana tiada cahaya untuk memantul warna merah itu.

7. Gabungan warna boleh menghasilkan pelbagai warna lain. Cuba anda campurkan 'water colour' warna biru dan kuning. Anda akan dapati bahawa warna hijau akan terbentuk. Terdapat banyak lagi gabungan warna yang boleh dilakukan.

8. Berlian merupakan benda yang paling keras di dunia. Ia tersangat keras sehingga dapat memotong kaca dan dijadikan bahan penting dalam pembuatan pelbagai mesin termasuk mata gerudi.

9. Kaca bukannya bahan yang pejal (atau solid), tetapi sebenarnya ia adalah cecair. Apa yang menyebabkan kita menganggapkan sebagai pejal kerana cecairnya terlalu pekat, maka sebab itulah kita tidak dapat melihat pengaliran bendalir cecair ini bergerak seperti air.

10. Cermin mampu memantul cahaya sejauh 40 km jauh.

11.
Lebih 30 juta kereta dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia.

12. Jangan sesekali tinggalkan botol kaca terdampar di bawah sinaran matahari. Ini kerana, kaca pada botol akan berntidak sebagai kanta lalu memfokuskan cahaya matahari ke tanah (atau rumput) lalu menyebabkan kebakaran.

13. Semua benda, tidak mengira besar atau kecil, sebenarnya akan jatuh serentak apabila dilepaskan. Cuba gunakan buku nipis dan buku tebal untuk membuktikannya. Bagi kes bulu ayam dan duit syiling, bulu ayam jatuh agak lewat kerana terdapat rintangan udara (atau 'gangguan angin') yang menghalangnya dari jatuh serentak. Ini membuktikan bahawa graviti bumi menarik semua benda pada magnitud (atau 'kekuatan') yang sama.

Posted by Pak Ma'on on 8:13 PM