Banduan Acheh dilepaskan sementara ketika gegaran gempa bumi dan ancaman tsunami semalam.

Man behind bars


 BANDA ACEH 13 April - Pihak berkuasa Indonesia semalam memburu 32 banduan yang dilepaskan sementara waktu semasa amaran tsunami dikeluarkan selepas bandar ini dilanda gempa bumi kuat.

Ketua polis daerah Pidie, Dumadi berkata, seramai 63 banduan dilepaskan ekoran bimbang dengan ancaman ombak tsunami selepas gempa sekuat 8.6 skala Richter menggegarkan bandar Aceh kelmarin.

"Tidak semua banduan pulang semula ke penjara ini sejak kelmarin dan kami masih memburu 32 banduan lagi," katanya. – AFP

p/s : konfem tak balik punya lah depa tu ye tak..

Posted by Pak Ma'on on 4:00 PM