fizz fairuz dan tsunami jepun


dalam negara yang demokrasi, semua orang ada hak bersuara dan boleh bercakap apa sahaja selagi tidak melanggar undang-undang...kecoh sekarang kat internet pasal mamat fiz fairuz ni (yang mana satu?..sori aku tak perasan) kononnya menmpersendakanbencana tsunami di jepun..

back to basic la kan..facebook twiter etc ni semua adalah tempat orang-orang nak mencari perhatian..kita akan cakap apa saja..kalau kita baru beli tudung, sibuk nak update status tulis "baru beli tudung di chowkit" ataupun "tengah lepak-lepak kat bangsar tengok indon sapu sampah" dan macam-macam benda bangang lagi ditaip di status facebook dengan tujuan ada orang komen nanti..

oklah, tak kisahlah apa pun tujuan orang guna facebook, diorang yang bayar bil internet so lantak dialah nak taip apa ye tak ?..bukan kacau aku pun..

so balik pada kisah mamat fairuz ni (pelakon ke penyanyi?), pada aku takde apa yang nak dijadikan isu pun...mamat ni mungkin sekadar update status twiter dia aje...biarlah asalkan tak bertentangan dengan akidah dan syariah..

cuma mungkin tulisannya tu tak kena gaya je..itu aje..

 ultraman sebok tengok Akademi Fantasia lah fizz feroz oi..

Posted by Pak Ma'on on 12:58 AM