ramalan yang tidak tepat pernah dibuat tentang beberapa perkara






Saya rasa pasaran dunia untuk komputer mungkin lima unit sahaja. - Thomas J. Watson, 1943, Pengerusi Lembaga Pengarah IBM

Apa benda pun yang dibuatnye, memang tak pernah mendatangkan faedah.
- kata guru Albert Einsten kepada ayahnya pada tahun 1895.

telefon memiliki
terlalu banyak kekurangan untuk dipertimbangkan secara serius sebagai alat komunikasi. Alat ini tidak ada nilai bagi kita. - memo dalaman Western Union , 1876 

Kami tidak suka suara mereka, siapa yang nak mendengar lagu dengan gitar yang bising ini?. - Decca Recording Co ketika me'reject' The Beatles, 1962  

Siapa lah yang ingin mendengar pelakon bercakap? - H. M. Warner, Warner Brothers, 1927 (ketika wayang masih takda bunyi)

Komputer di masa depan mungkin berat tidak lebih daripada 1.5 tan. - Popular Mechanics, meramalkan perjalanan tanpa henti ilmu pengetahuan, 1949  


Kami tidak memerlukan anda. Kolej pun anda belum masuk lagi.. - kata Hewlett-Packard (HP) kepada Steve Jobs, yang mengasaskan Apple Komputer 

Seorang pegawai dari White Star Line, berbicara tentang andaian kapal yang baru dibina, Titanic, yang dilancarkan pada tahun 1912, menyatakan bahawa kapal itu tidak mungkin tenggelam.
 

Seorang profesor astronomi Inggeris mengatakan dalam awal abad ke-19 yang perjalanan udara dengan kelajuan tinggi tidak mungkin kerana penumpang akan mati lemas.  

Posted by Pak Ma'on on 12:44 PM