kamasutra






Kama Sutra - panduan seks India yang paling lama pernah wujud
Kama Sutra oleh Vatsyayana adalah naskhah yang paling terkenal tentang seni kuno cara-cara melakukan hubungan seks. Ia adalah panduan seks tertua dan paling terkenal India.

Disusun di suatu tempat antara abad kedua dan keempat SM, ditulis dalam bahasa Sanskrit oleh seorang bijak pandai bernama Vatsyayana di India.

Ditulis untuk bacaam laki-laki kaya di bandar, ia tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi panduan seks untuk khalayak ramai. "Kama" bererti kesenangan atau keinginan sensual. Ini adalah nama Dewa India yang mewakili sifat seksual dalam manusia. "Sutra" bermaksud buku pendek

Buku ini terbahagi kepada  tujuh bahagian, iaitu seksual secara umum, teknik foreplay, tugas-tugas dan hak-hak isteri, hubungan dengan isteri orang lain, bahagian tentang perempuan simpanan dan kaitan seksual dan mistik. Bahagian ketujuh adalah lampiran (index).

Posted by Pak Ma'on on 1:33 PM