PETALING
JAYA : Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilaporkan
terputus bekalan elektrik petang ini.
Tinjauan di
media sosial mendapati antara kawasan terjejas termasuk Seksyen 8 di sini,
Universiti Malaya, Bukit Damansara dan Mont Kiara.
Warganet turut
melaporkan gangguan bekalan elektrik di pusat beli-belah utama termasuk Mid
Valley Megamall, Pavilion Damansara Heights dan TRX.
Menerusi
hantaran di Facebook, Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengesahkan berlaku gangguan
bekalan elektrik di beberapa kawasan di Kepong dan Kuala Lumpur.

Menurut
syarikat itu, pasukan teknikalnya sedang berada lokasi untuk melakukan
kerja-kerja membaik pulih bekalan.
“Kesabaran anda
amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya.
Justeru, TNB
berharap pengguna berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik,
terutama sepanjang tempoh gangguan bekalan elektrik itu berlaku."Ini
kerana bekalan elektrik mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa,"
katanya lagi.
Petaling Jaya
dengan kepadatan lebih 800,000 penduduk, terbahagi kepada tiga kawasan utama
membabitkan Petaling Jaya Utara (PJU) yang antara lain meliputi Bandar Utama,
Damansara Utama, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Ara Damansara serta
Tropicana.

Kawasan
seterusnya ialah Petaling Jaya Selatan (PJS) yang merangkumi Sunway, Taman
Medan, Taman Sri Manja serta Taman Dato' Harun, manakala Petaling Jaya Pusat
(PJ Seksyen) pula meliputi Seksyen 1 hingga Seksyen 52 (PJ Old Town, PJ New
Town, SEA Park dan Taman Jaya).