Manusia Paling Bertuah (atau Sial?)


Lelaki Jepun yang Terselamat dari DUA Letupan Bom Atom! 

Bagaimana nasib seseorang itu jika terselamat dari letupan bom atom? Sangat bertuah. Bagaimana pula jika dia terselamat dari DUA letupan bom atom? Ini adalah kisah luar biasa Tsutomu Yamaguchi.
Pada 6 Ogos 1945, Yamaguchi, seorang jurutera, berada di Hiroshima untuk urusan kerja apabila Amerika Syarikat menggugurkan bom atom pertama. Beliau mengalami kecederaan serius akibat melecur dan gegendang telinganya pecah, tetapi terselamat.

Dengan berbalut, beliau menempuh perjalanan pulang ke rumahnya di Nagasaki pada keesokan harinya. Tiga hari kemudian, pada 9 Ogos, semasa beliau sedang menceritakan pengalamannya di Hiroshima kepada ketuanya di pejabat, bom atom kedua digugurkan betul-betul di atas Nagasaki. Sekali lagi, secara ajaib, beliau terselamat!
Tsutomu Yamaguchi diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Jepun sebagai satu-satunya individu yang terselamat dari kedua-dua pengeboman tersebut. Beliau meninggal dunia pada tahun 2010 pada usia 93 tahun.

Popular Posts