KL LOCKDOWN 23-28 OKTOBER!




Bermula 23 Oktober hingga 28 Oktober, Kuala Lumpur akan alami total lockdown traffic terutama di sekitar KLCC dan Putrajaya. Manakala sekitar Golden Triangle Kuala Lumpur akan ditutup di waktu puncak persidangan.

Ini berikutan kehadiran semua pemimpin ASEAN dan rakan dialog dari US, China, Afrika Selatan, Finland dan dijangka 12,000 delagasi lain yang akan turut serta.

Kementerian Luar Negeri memaklumkan seramai 20,000 anggota keselamatan dari seluruh negara dikerah untuk berada di sekitar kawasan persidangan untuk mengendalikan aliran traffik dan keselamatan sepanjang kehadiran mereka.

Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLC3) memaklumkan antara jalan-jalan terlibat dengan total lockdown ialah:-

Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan P. Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Binjai, Persiaran KLCC, Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi, Jalan Damansara, Jalan Istana, Jalan Kuching dan Jalan Perak.

Persimpangan strategik yang terlibat ialah:-

Jalan Ampang–Jalan P. Ramlee, Jalan Sultan Ismail–Jalan P. Ramlee, Jalan Perak–Jalan P. Ramlee, Jalan Perak–Jalan Pinang, Jalan Stonor–Jalan Kia Peng dan Jalan Stonor–Persiaran KLCC.

Lebuhraya dan Expressway terlibat pula ialah:-

Maju Expressway (MEX), North-South Expressway (PLUS) from Sungai Buloh to Jalan Duta, Elite Expressway (KLIA–Putrajaya), New Klang Valley Expressway (NKVE) from Subang to Jalan Duta, Guthrie Corridor Expressway (Guthrie) and KL–Seremban Expressway (Sungai Besi–City Centre).

Manakala lebuhraya di KLIA, Putrajaya Ringroad dan Subang menuju ke KL akan alami penutupan sementara dari masa ke semasa.

JPA pula bersedia membenarkan semua kakitangan awam yang tinggal dapam 25km radius dari kawasan terlibat untuk memohon ‘work from home’. Manakala yang tidak ada apa2 urusan perlu, elakkan memasuki kesemua kawasan diatas sepanjang tarikh ini. 

Popular Posts