Kawah Api di Turkmenistan yang Terbakar Tanpa Henti Sejak 1971
Kawah Gas Darvaza ini sebenarnya adalah hasil kesilapan manusia. Pada tahun 1971, semasa melakukan penggalian gas, sebuah pelantar gerudi milik Soviet telah runtuh ke dalam sebuah poket gas bawah tanah, mewujudkan kawah besar yang mula melepaskan gas metana beracun.
Untuk mengelakkan gas berbahaya itu merebak, ahli geologi memutuskan untuk membakarnya, menjangkakan api akan padam dalam beberapa minggu. Ternyata, jangkaan mereka meleset. Rizab gas di bawahnya begitu besar sehinggakan api itu terus menyala sehingga ke hari ini, menjadi salah satu tarikan pelancong paling aneh di dunia.
Siapa berani berkhemah kat sebelah kawah ni? 
